PROFILE SEKOLAH UGAMA PAP AMAL UMMI KALTHUM AL ISLAM MULAUT

MUNFAAT ILMU PADA MANUSIA

Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa ingin berbahagia di dunia hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang ingin berbahagia di akhirat hendaklah ia juga berilmu, dan barangsiapa yang ingin berbahagia pada kedua-duanya iaitu di dunia dan juga di akhirat hendaklah ia juga berilmu"

SANTAPAN MINDA : "BE POSITIVE"

TEMPAT KETIGA : PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN LANDSKAP SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN SULTAN

5:59 AM Edit This
Sabtu : 31 hb Julai 2010M / 19 Syabaan 1431H.

Sekolah Ugama PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut telah mendapat tempat
KETIGA di dalam Pertandingan Kebersihan dan Landskap Sempena Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam ke 64 tahun bagi tahun 2010M/1431H bagi kategori Persekitaran Sekolah Rendah dan Ugama Di Darat.

Cikgu Hajah Noorsiah binti Haji Mohamad Noor, guru besar sekolah ini telah hadir bagi penerimaan hadiah dan sijil yang diadakan petang tadi di bangunan Kementerian Pembangunan . Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan.

SAMBUTAN ISYRA' DAN MIRAJ : MEMBERSIHKAN KUBUR DAN TAHLIL DOA ARWAH

5:47 AM Edit This

Sabtu : 31 hb Julai 2010M / 19 Syabaan 1431H

Sempena sambutan Isyra dan Miraj dan berkebetulan bulan mulia bulan Syabaan, hari ini seramai 42 orang pelajar Darjah V Alif dan Darjah V Ba di temani dua orang guru sekolah ini telah mengadakan pembersihan kubur Kampong Mulaut dan seterusnya mengadakan tahlil dan doa arwah bagi mengambil keberkatan bulan Syaaban dan bulan Ramadhan yang tidak lama lagi akan tiba.

Pembersihan kawasan kubur Kampung Mulaut ini diketuai oleh Cikgu Massuni bin Haji Jumat dan Cikgu Redzuan bin Haji Besar dengan objektif menanamkan peringatan kepada pelajar bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara manakala pada suatu saat kita akan berhijrah kesuatu tempat yang akan menghitung iman kita. Di samping itu perkara ini akan membentuk sikap pemedulian pelajar-pelajar kepada hidup bermasyarakat untuk saling gotong royong dalam penghidupan mereka.

Majlis pembersihan ini diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa arwah.

SEMBAHYANG HAJAT DAN MEMBACA YASSIN MENGHADAPI PEPERIKSAAN LISAN PSSRU DH VI

5:40 AM Edit This

Sabtu : 31 hb Julai 2010M / Syabaan 1431H

Pelajar-pelajar Darjah VI (sesi pagi dan petang) hari ini telah mengadakan sembahyang hajat dan membaca Yassin bagi memohon kehadrat Allah SWT untuk mempermudahkan segala perkara berkaitan dengan menghadapi peperiksaan lisan al Quran dan latihan amali yang akan bermula pada hari Isnin - 02 hb Ogos 2010M akan menjelang.

Pada tahun ini 2010M seramai 164 orang pelajar sesi pagi dan seramai 149 pelajar sesi petang akan menghadapi peperiksaan pada bulan November 2010M nanti. Pihak sekolah sentiasa mendoakan kejayaan setiap pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah ini.

TAHNIAH : GURU MELANJUTKAN PELAJARAN

7:16 AM Edit This

Warga sekolah ingin mengucapkan Tahniah atas berjayanya tiga tenaga pengajar sekolah ini melanjutkan pelajaran mereka ke Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).
Dengan doa semoga akan mendapat kejayaan cemerlang dalam pendidikan ilmu ini. Semoga berjaya !!!
  1. Cikgu Ak Haji Shahminan bin Pg Besar.
  2. Cikgu Nur Diyanah Safwah binti Hj Mohd Anawi.
  3. Cikgu Hjh Ani Maslina binti Hj Mohd Zaid.
“Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi supaya ia tidak dapat dimusnahkan oleh orang lain kerana cita-cita itu adalah sumber kekuatan perjuangan yang tidak terhingga dari segi zahir dan batinnya”
– Imam Abu Hanifah

PERSEMBAHAN PERAYAAN SULTAN

4:12 AM Edit This
Sabtu 24 hb Julai 2010M / 12 Syaaban 1431H

Sekolah Ugama PAP Amal Umi Kalthum Al Islam telah ikut serta di dalam persembahan bercorak keugamaan malam perayaan Hari Keputeraan Sultan yang ke 64 tahun. Majlis ini diadakan pada malam Ahad bertempat di Padang Persembahan Malam Perayaan di ibukota Bandar Seri Begawan.

Seramai 18 orang pelajar SU PAPAUKAI Mulaut telah membuat persembahan Tausyeh dengan lagu Allahu Allahu Allah. Persembahan pada malam itu juga telah disertai oleh sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei III dan Brunei II.

PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA KILAT

3:13 AM Edit This
Sabtu : 24 hb Julai 2010M / 12 Syabaan 1431H.

Penyampaian sumbangan sedekah kepada keluarga Cikgu Redzuan Awg Besar atas pemergian ayah beliau telah diadakan hari ini. Majlis yang mengambil tempat di rumah beliau iaitu di Kampong Tanjung Nangka Mukim Sengkurong di sempurnakan oleh guru besar SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut dan diserahkan kepada ibu beliau.

Majlis ini disaksikan oleh Penolong Guru Besar, Guru Kanak Akademik, Amali guru-guru lelaki sekolah.

KEGIATAN KEMASYARAKATAN.

2:53 AM Edit This

Sabtu : 24 Julai 2010M / 12 Syaaban 1431H.

Sekumpulan pelajar lelaki seramai lebih 20 orang telah menghadiri majlis penyempurnaan jenazah bagi ahli keluarga Cikgu Norain binti Haji Md Daud yang telah kembali ke Rahmatullah di Kampong Jangsak Kilanas bersama 3 orang guru lelaki dan 02 tenaga guru perempuan.

Di majlis itu para pelajar dapat menyumbangkan bacaan Yassin dan doa arwah serta sembahyang jenazah. Dengan penglibatan pelajar-pelajar ini dapat memimbing pelajar akan suasana sebenar penyempurnaan jenazah dan dapat memupuk sikap pemedulian dalam hidup bermasyarakat.

PERSEMBAHAN HARI KEPUTERAAN : ISTANA NURUL IMAN

8:39 AM Edit This
Rabu : 21 hb Julai 2010H / 09 Syaaban 1431

Persembahan Hari Keputeraan Sultan ke 64 tahun di Istana Nurul Iman hari ini diserikan dengan persembahan guru-guru ugama kawasan Brunei III iaitu
bagi Kumpulan A (lelaki dan perempuan)
.

Kumpulan pesembahan perempuan Brunei III diketuai oleh Guru Besar SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut Cikgu Hjh Noorsiah binti Haji Mohamad Noor.

Persembahan yang bercorak keugamaan itu meliputi bacaan Fatihah, Zikir, Tausyeh, Rawi dan Marhaban.

MAJLIS MEMBACA YASSIN DAN TAHLIL DOA ARWAH

7:36 AM Edit This
Isnin : 19 hb Julai 2010M / 07 Syabaan 1431H.

Majlis membaca Yassin dan tahlil doa arwah diadakan hari ini bagi Allahyarham Besar bin Haji Tudin yang merupakan bapa salah seorang tenaga pengajar sekolah ini bagi memohon ke hadrat Allah S.W.T semoga beliau ditempat bersama-sama orang-orang yang beriman.

Amin.

KEM MOTIVASI : MERENTAS SEMANGAT JITU

4:11 AM Edit This





Ahad : 18 hb Julai 2010M / 5 Syabaan 1431H.

Pelajar-pelajar Darjah VI (sesi pagi) SU PAPAUKAI Mulaut yang akan menduduki peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Dh VI pada tahun ini iaitu seramai 130 pelajar telah mengikuti Program Kem Motivasi - Merentas Semangat Jitu - di Taman Rekereasi Hutan Simpan Berakas. Kem Motivasi ini adalah merupakan salah satu program yang di rancang oleh pihak sekolah dalam program untuk mempertingkatkan akademik pelajar.

Objektif program ini adalah untuk :
1. Memotivasikan diri pelajar untuk berjaya dalam pelajar.
2. Menggerakan murid-murid ke arah membuat persediaan diri secara mental dan spriticual menghadapi perjuangan belajar dan peperiksaan.
3. Membina keyakinan murid dalam usaha mencapai sesuatu kejayaan.
4. Mengenal potensi diri melalui aktiviti yang disertai.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam kem motivasi ini yang menjurus kepada pengukuhan semangat dan membentuk sikap positif pelajar sama ada pada mental, fizikal, sprictual dan emosi mereka kearah kecemerlangan peperiksaan. Disamping itu juga diadakan program menangani masalah seperti masalah stress, membina ketenangan dan menjauhi kemurungan.

Fasilitator program ini adalah Cikgu Emran bin Hj Abd Rani - caunselor Jabatan Pengajian Islam KHEU dan dibantu oleh guru-guru sekolah ini.

Di dalam ucapannya guru besar sekolah Cikgu Hjh Noorsiah HM Noor menyatakan pentingkan pelajar-pelajar itu mempunyai persiapan dan kekuatan bukan sahaja fizikal dan mental tetapi juga kekuatan emosi dan spritcual dalam menghadapi peperiksaan. Kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah diraih tanpa usaha dan doa cemerlang.

Diucapkan terima kasih pada guru-guru yang terlibat.

MAJLIS MENANDATANGANI REKOD KEMAJUAN MURID

4:48 AM Edit This



Rabu : 14 hb Julai 2010M / 02 Syaaban 1431H.

Majlis menandatangani rekod kemajuan pelajar-pelajar SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut Kawasan Brunei III diadakan hari ini bagi pelajar-pelajar sesi pagi dan sesi petang. Majlis diadakan di Bilik Persidangan dan Bilik Amali bagi ibubapa sesi pagi dan di bilik-bilik Darjah bagi ibubapa pelajar sesi petang.

Dengan adanya perjumpaan kedua-dua pihak di antara ibubapa dan guru-guru ini dapatlah kedua belah pihak berbincang dan bertukar pendapat dalam memajukan akademik pelajar.

MAJLIS KHATAM AL QURAN MURID DH VI 1431H / 2010M

8:28 AM Edit This
Rabu 07 hb Julai 2010M / 24 Rejab 1431H

Seramai 161 orang pelajar Darjah VI sesi pagi dan petang ,PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut telah diraikan di dalam Majlis Khatam Al Quraan Murid-Murid Darjah VI setelah menamatkan bacaan 30 Juzuk Al Quraan disepanjang persekolahan mereka. Majlis yang diserikan oleh Ustazah Siti Mariam binti Awg Daud, Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Pengajian Islam selaku tetamu kehormat itu dihadiri lebih 700 orang tetamu kalangan jemputan dari keluarga Jabatan Pengajian Islam, ibubapa, penduduk kampong serta warga sekolah.

Majlis dimulai dengan perarakan masuk pelajar yang dikhatam, seterusnya bacaan Fatihah diketuai oleh tetamu kehormat, bacaan surah, doa khatam, tahtim dan zikir marhaban. Majlis juga diserikan lagi dengan merinjis minyak wangi kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Majlis diakhiri dengan bacaan doa.

Sekalung budi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat majlis.

SEKITAR PERSIAPAN MAJLIS KHATAM QURAN 1431H / 2010M.

7:20 AM Edit This





Disisipkan sekitar persiapan Majlis Khatam Quraan pelajar-pelajar Darjah VI SU PAP Amal Umi Kalthuim Al Islam Mulaut ini renungan. Diucapkan sekalung penghargaan terima kasih atas semua warga sekolah ini kerana telah memberikan kerjasama dalam mengungkayahkan majlis tersebut.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR : RADIO TELEVISION BRUNEI (RTB)

4:07 AM Edit This


Selasa 06 hb Julai 2010M / 23 Rejab 1431H
Seramai 34 orang pelajar Darjah V SU PAP Amal Ummi Kalthum Al Islam Mulaut bersama dua orang tenaga pengajar telah mengadakan lawatan ke Radio Televisyen Brunei untuk meninjau suasana dan keadaan bagaimana siaran radio dan televisyen dikendalikan. Daripada lawatan ini para pelajar dapat menimba pengetahuan dan pengalaman melihat lebih dekat suasana dan keadaan penyiaran dilaksanakan.

Sekolah Ugama PAPAUKAI Mulaut's Fan Box