PROFILE SEKOLAH UGAMA PAP AMAL UMMI KALTHUM AL ISLAM MULAUT

MUNFAAT ILMU PADA MANUSIA

Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa ingin berbahagia di dunia hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang ingin berbahagia di akhirat hendaklah ia juga berilmu, dan barangsiapa yang ingin berbahagia pada kedua-duanya iaitu di dunia dan juga di akhirat hendaklah ia juga berilmu"

SANTAPAN MINDA : "BE POSITIVE"

LAWATAN SAMBIL BELAJAR : MURID DH II (SESI PETANG)

4:34 AM Edit This

Rabu : 28 hb April 2010M / 13 Jamadilawal 1431H

Lawatan terancang bagi pelajar-pelajar sesi petang telah terlaksana keseluruhannya apabila jadual lawatan terakhir bagi penggal I dan II telah dilaksanakan hari ini bagi pelajar-pelajar Darjah II. Lawatan ini adalah meninjau ke Muzium Teknologi Brunei Kota Batu. Lawatan ini dihasratkan dapat memberikan pendedahan kepada pelajar tentang penghidupan masyarakat Brunei yang berkonsepkan
"MIB" -
Melayu Islam Beraja

SEMBAHYANG HAJAT & MEMBACA YASSIN PERMINTAAN MASYARAKAT KAMPUNG

8:31 PM Edit This
Rabu : 28 hb April 2010M / 13 Jamadilawal 1431H

Bagi sama-sama merasakan dan memberikan khidmat kepada masyarakat di sekitar sekolah dan kampung, hari ini pelajar-pelajar Darjah VI lelaki (sesi pagi) telah mengadakan sembahyang Hajat dan Membaca Yassin bagi menyempurnakan hajat masyarakat sekeliling yang memohonnya.

Majlis diadakan di bilik amali sekolah yang mana sembahyang hajat dan membaca Yassin ini di ketuai oleh Cikgu Massuni bin Hj Jumaat dan Cikgu Ak Hj Shahminan bin Pg Hj Besar.
Semoga hajat yang dipohonkan itu dimakbulkan oleh Allah SWT.
Amin.. Ya Allah...

BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING

JOHAN PERADUAN MEMBACA QURAN SENEGARA

7:58 AM Edit This

Rabu : 27 hb April 2010M / 12 Jamadilawal 1431H.

Peserta sekolah ini kepertandingan akhir peraduan membaca Quran peringkat negara yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas Dayangku Nur Aqilah binti Pg Haji Ayub telah berjaya menjadi JOHAN dalam Kategori B Perempuan dengan mendapat markah 88.7%.

Dk Nur Aqilah Pg Hj Ayub adalah merupakan pelajar Darjah V Alif sekolah ini di mana beliau mempunyai pendedehan bacaan al Quran ini dengan berguru secara tetap dengan kelas yang dikendalikan oleh Pengiran Hjh Salbiah binti Pg Hj Md Salleh selain daripada pembelajaran al Quran yang diterimanya di sekolah ugama.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada beliau.

SPOTCHECK - DARJAH IV , V DAN VI

6:19 AM Edit This
Isnin : 26 hb April 2010M / 11 Jamadilawal 1431H

Bagi mengekalkan disiplin murid dalam keadaan yang terkawal, hari ini diadakan spotcheck bagi murid-murid Darjah IV, V dan VI. Spotcheck mengejut ini di hasratkan dapat mengenalpasti pelajar-pelajar yang melanggar peraturan sekolah seperti berambut panjang, merokok, berpakaian tidak sempurna dan sebagainya. Perkara ini dilaksanakan jam 2.30 di bilik darjah masing-masing.

KELAS TAMBAHAN : PEPERIKSAAN CALUN KE SEKOLAH ARAB (SESI PETANG)

5:00 AM Edit This

Isnin : 26 hb April 2010M / 11 Jamadilawal 1431H

Bermula 19 hb April 2010M (Isnin) yang lalu sekolah ini telah mengadakan kelas tambahan bagi calun -calun yang akan menduduki peperiksaan calun ke sekolah arab pada bulan Julai dan Ogos nanti. Kelas tambahan ini diadakan pada jam 5.00 petang hingga 5.40 petang pada setiap hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu yang dihasratkan dapat memantapkan keupaya'an murid menghadapi peperiksaan itu nanti.

Keramaian pelajar yang akan menduduki peperiksaan ini adalah seramai 36 orang. Kelas tambahan ini dibahagikan kepada 2 kelas dan diajarkan oleh guru-guru darjah 2 dan darjah 3.

Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam kelas tambahan ini.

Sekolah Ugama PAPAUKAI Mulaut's Fan Box