PROFILE SEKOLAH UGAMA PAP AMAL UMMI KALTHUM AL ISLAM MULAUT

MUNFAAT ILMU PADA MANUSIA

Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa ingin berbahagia di dunia hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang ingin berbahagia di akhirat hendaklah ia juga berilmu, dan barangsiapa yang ingin berbahagia pada kedua-duanya iaitu di dunia dan juga di akhirat hendaklah ia juga berilmu"

SANTAPAN MINDA : "BE POSITIVE"

LAWATAN SAMBIL BELAJAR : JABATAN PENJARA JERUDONG

4:08 AM Edit This

Rabu : 30 hb June 2010M / 17 Rejab 1431H

Seramai 40 orang pelajar bersama 02 tenaga pengajar SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam hari ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Penjara Jerudong dengan objektif untuk melihat lebih dekat keadaan dan suasana hukuman yang dijalankan kepada pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan undang-undang di Negara Brunei Darussalam.

Pelajar-pelajar telah dberikan taklimat serta demonstrasi hukuman sebat dijalankan yang mana ini tentunya akan menimbulkan kesedaran diminda dan jiwa pelajar untuk tidak melanggar undang-undang yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan kerajaan. Ini tentunya memberikan kesedaran kepada mereka betapa diri terbeban jika melakukan pelanggaran terhadap undang-undang.

JUARA - PERADUAN TAHLIL DAN DOA ARWAH (KATEGORI PEREMPUAN)

4:07 AM Edit This

LAWATAN SAMBIL BELAJAR : POLIS DIRAJA BRUNEI

4:06 AM Edit This


KEPUTUSAN PERADUAN TAHLIL DAN DOA ARWAH BAGI SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI III

8:50 AM Edit This

SU PAPAUKAI MULAUT : JUARA PERADUAN TAHLIL DAN DOA ARWAH (BHG LELAKI SARINGAN)

8:49 AM Edit This
Sabtu : 26 hb June 2010M / 13 Rejab 1431H
Tahniah untuk pasukan lelaki SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut kerana telah menjadi juara dalam pertandingan membaca Tahlil dan Doa Arwah peringkat saringan bagi sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei III. Pasukan ini mendapat 92 %.

Wakil sekolah ini ialah :

PERADUAN TAHLIL DAN DOA ARWAH : SU PAPAUKAI MULAUT SELAKU TUAN RUMAH

8:30 AM Edit This

Sabtu : 26 June 2010M / 13 Rejab 1431H

Sekolah Ugama PAP Amal Umi Kalthum Al Islam hari ini selaku tuan rumah mengendalikan peraduan Bacaan Tahlil dan Doa Arwah (kategori lelaki) bagi Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei III. Peraduan tahlil ini adalah merupakan salah satu aktiviti yang dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Islam yang mempunyai hasrat untuk menyemai di dalam jiwa pelajar tentang bacaan dan cara bertahlil dengan baik dan sempurna di samping memupuk sikap bermasyarakat dan menampilkan diri dengan sikap yang baik sesama manusia Islam.

Peraduan hari ini adalah diadakan dengan dua sesi iaitu 9 pasukan bertanding di sisi pagi manakala 08 pasukan pula bertanding di sisi petang membawa jumlah 17 pasukan. Di sesi petang pertandingan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dan sijil-sijil kepada peserta pasukan yang bertanding. Majlis penyampaikan hadiah di sampaikan oleh pegawai unit kegiatan dan ko kurikulum Pengiran Haji Ghani.

PERADUAN TULISAN JAWI - SENEGARA

5:30 AM Edit This


Sabtu : 26 hb June 2010M / 13 Rejab 1431H

Peraduan Tulisan Jawi telah diadakan bagi keseluruhan sekolah-sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam di mana SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut tidak terkecuali daripada mengambil serta dalam penyertaan ini.
Sesi peraduan ini yang dibukakan kepada pelajar-pelajar Darjah Pra hingga ke Darjah VI ini memberikan ruang untuk mencungkil bakat dan kebolehan pelajar dalam menulis jawi.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR : JABATAN MUFTI KERAJAAN

5:09 PM Edit This


Khamis : 24 hb June 2010M / 11 Rejab 1431H.

Program Terancang - Lawatan sambil belajar pada sesi penggal ke III ini di mulai dengan lawatan ke Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Lawatan Darjah V Alif dan V Ba ini yang bermisikan memberikan pendedahan dan ilmu sampingan kepada pelajar-pelajar ini dapat memberikan impak positif kepada pengetahuan sedia ada mereka. Lawatan-lawatan ini bukan sahaja memberikan mereka pengetahuan tambahan tetapi dapat membuka minda mereka untuk pemilihan kerjaya mereka di masa akan datang dan membantu memberi ruang dan hala tuju kepada bidang-bidang yang mereka sukai dan minati.

Program lawatan Terancang pihak sekolah telah merancang program ini untuk diikuti oleh setiap pelajar atau setiap kelas sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

BACAAN YASSIN DAN DOA SEMPENA PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL KE III

4:29 PM Edit This
24 hb June 2010M / 12 Rejab 1431H : Khamis

Tirai sesi persekolahan Penggal ke III ini dibuka dengan Majlis membaca Yassin dan doa atas Allah SWT bagi memohon ke hadrat Nya bagi segala kemudahan pada perjalanan warga sekolah terutama pelajar-pelajar menuntut ilmu dan melaksanakan pendidikan Islam.

Majlis yang diadakan pada pagi ini diketuai oleh Cikgu Massuni bin Haji Jumat bertempat di Bilik Amali SU PAP Amal Ummi Kalthum Al Islam Negara Brunei Darussalam.

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN MENYELUROH

9:50 PM Edit This

Khamis : 10 hb June 2010M / 27 Jamadilakhir 1431H.

Seramai 12 orang warga SU PAPAUKAI Mulaut hari ini telah menghadiri Program Pemeriksaan Kesihatan menyeluroh dan Promosi Kesihatan bagi Kementerian Hal Ehwal Ugama NBD. Pemeriksaan tersebut diadakan di Pusat Promosi Kesihatan di Jalan Commenwealth di Jalan Kebangsaan.


Pemeriksaan ini meliputi pemeriksaan keseluruhan di mana guru-guru sekolah ini telah membuat pemeriksaan dan ujian pertanyaan tentang kesihatan diri dan keluarga, penerangan kesihatan, mengambil darah, tekanan darah dan nadi, pemeriksaan berat badan, sukatan badan untuk melihat BMI badan, pemeriksaan gigi dan mata.
Dengan adanya pemeriksaan ini dapatlah memberikan impak positif kepada warga sekolah dan dapat memberikan penjelasan kepada warga sekolah ini tentang kesihatan mereka dan pentingnya menjaga kesihatan dan permakanan serta melakukan senaman bagi menjamin kesihatan yang unggul.

Pemeriksaan akan disambung pada hari Sabtu bagi 12 orang lagi tenaga / warga sekolah ini.

SEKITAR EKSPIDISI MENDAKI BUKIT BATU BUJANG PAHANG.

7:10 AM Edit This




KURSUS HAJI TAHUN 1431H / 2010M

4:12 AM Edit This



Ahad 06 hb Jun 2010M / 23 Jamadilakhir 2010H.

Kursus haji bagi bakal-bakal haji yang akan menunaikan haji tahun 1431H telah diadakan bermula hari ini 06/06/2010M yang mana SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut telah menjadi pusat tempat kursus haji bagi kawasan Mukim Sengkurong, Kilanas dan Jerudong. Lebih dari 14 buah bilik darjah digunakan dengan keramai peserta krusus melebihi 400 orang peserta kursus. Kursus ini akan berlansung di sepanjang bulan Jun, Julai dan Ogos, setiap hari Ahad dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Tenaga pengajar / pengkursus adalah terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

Dengan adanya kursus ini dapatlah memberikan pendedahan ilmu kepada bakal-bakal haji bagi memastikan mereka dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna dan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki dalam peribadatan Islam.

AKTIVITI CUTI PENGGAL : EKSPEDISI MENDAKI BUKIT BUJANG PAHANG KG MENUNGGUL PULAU BERAMBANG

3:20 AM Edit This




Sabtu : 05 hb June 2010M / 22 Jamadilakhir1431H

Seramai lebih 25 orang guru bersama 150 orang pelajar Darjah VI (sesi pagi dan petang) hari ini telah mengadakan ekspedisi mendaki Bukit Bujang Pahang yang terletak di Pulau Berambang Kampong Menunggol. Aktiviti ini adalah merupakan aktiviti terancang yang dikhususkan untuk pelajar-pelajar Darjah VI untuk dapat memanfaatkan cuti mereka dengan perkara berfaedah dan sebagai langkah untuk memotivasikan mereka dalam menghadapi peperiksaan besar yang akan mereka hadapi iaitu Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah VI pada bulan Disember nanti.

Daripada pendakian ini pelajar-pelajar diasuh dengan semangat perjuangan untuk menghadapi peperiksaan iaitu segala perkara itu memerlukan semangat perjuangan untuk berjaya. Pendakian hanya akan berjaya setelah bersusah payah melakukan pendakian dan begitu jugalah halnya di dalam menempuhi peperiksaan yang memerlukan kekuatan fizikal, mental dan spritual.

Rombongan sekolah diketuai oleh Penolong Guru Besar. Cikgu Muhd Fauzi bin Hj Zaini dibantu oleh guru-guru lelaki sekolah ini. Menyertai rombongan ini juga guru besar sekolah Cikgu Hjh Noorsiah binti Hj Mohd Noor iaitu penyokong kuat bagi segala aktiviti-aktiviti sekolah yang dilaksanakan.

Perjalanan ekspidisi ini bermula pada jam 7.00 pagi dimana pelajar berkumpul di SU PAPAUKAI Mulaut, seterusnya berangkat dengan menaiki bus dan bot dan menaiki bus sekali lagi menuju ke anak kaki Bukit Bujang Pahang. Di sana pemanasan badan dilakukan dan bacaan doa selamat dibacakan sebuah pendakian dilakukan.

Di dalam perjalanan ini terdapat empat (4) tempat yang dilawati iaitu Gua Batu Arang, Bukit Bujang Pahang, Gua Gelap dan Batu Berpangkat. Semua asal legenda ini diterangkan oleh 2 orang penduduk kampong yang menyertai rombongan ini.

Rombongan sekolah juga disertai oleh pihak RTB yang melakukan pengambaran ekspidisi sekolah ini .

Tahniah kepada semua guru-guru, pelajar-pelajar, teman-teman, ahli keluarga warga sekolah yang berjaya mendaki ke puncak dengan jayanya meskipun ianya amat memenatkan.

Namun yang terindah iaitu semangat dan kekuatan gabungan kerja berpasukan guru-guru dan pelajar-pelajar dan indahnya kekuatan fizikal dan mental kesemuanya untuk tidak kalah bagi menakluki bukit yang indah pemandangannya ini.

Terima kasih juga kepada pelajar-pelajar yang meng "guide" guru-guru dan teman-teman mereka dengan tali ketika menuruni bukit ini.

TAHNIAH

MAJLIS MENGENANG JASA GURU BERSARA DAN BERPINDAH BERTUGAS.

10:06 PM Edit This

Khamis 03 hb Jun 2010M / 20 Jamadilakhir 1431H

Majlis bagi mengenang jasa 03 tenaga pegajar dan warga sekolah ini iaitu Cikgu Datin Hjh Rohanie bin Haji Ahmad, Cikgu Hj Mohd Daud bin Haji Butir dan Cikgu Hjh Noriah binti Haji Abd Wahab telah diadakan hari ini bertempat di SEASONS Centerpoint Gadong. Majlis di dahului dengan bacaan surah al Fatihah oleh Cikgu Hj Daud, seterusnya ucapaan penghargaan Guru Besar SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Cikgu Hjh Noorsiah binti Hj Mohd Noor, Ucapan daripada mereka yang diraikan dan seterunsnya diakhiri dengan penyampaian hadiah dan bacaan doa selamat dibacakan oleh Cikgu Ak Shahminan Pg Hj Besar.

Warga sekolah mengucapkan terima kasih kepada mereka yang diraikan dengan iringan doa semoga segala jasa akan mendapat balasan Allah swt dan dikayakan dengan ilmu, kesihatan, keimanan, panjang umur, rezeki, kasih sayang dan kebahagiaan di dunia dan diakhirat.
AMIN!!!!!.....

TAKLIMAT DAN CABUTAN UNDI BAGI PERADUAN TAHLIL DAN DOA ARWAH SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI III

9:50 PM Edit This

Rabu 02 hb Mei 2010 / 19 Jamadilakhir 1431H

Taklimat dan cabutan undi bagi peraduan Tahlil dan Doa Arwah di mana SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam (lelaki) dan SU Tungku Gadong (perempuan) selaku tuan rumah telah diadakan hari ini di bilik persidangan SU PAP AUKAI Mulaut dengan dipengerusikan oleh Guru Besar SU Tungku Gadong Cikgu Aliuddin bin Hj Damit.

Majlis dimulakan dengan bacaan Fatihah, ucapan aluan, sesi taklimat, pertanyaan dan disudahi dengan bacaan doa dengan hasrat peraduan ini dapat diungkayahkan dengan sempurna dan teratur. Terdapat beberapa perkara dibangkitkan di dalam sesi taklimat ini untuk diambil perhatian.


Peraduan tahlil dan doa arwah peringkat lelaki akan diadakan pada Hari Sabtu 26hb June 2010M (pagi dan petang) di bilik amali SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut dan bagi peringkat perempuan pula akan diadakan di Dewan SU Tungku Gadong pada Hari Isnin dan Selasa / 28 dan 29 hb June 2010M (sesi petang sahaja) .

AKTIBITI SELEPAS PEPERIKSAAN DAN PENUTUP PENGGAL KEDUA PERSEKOLAHAN

9:41 PM Edit This



Rabu : 02 hb June 2010M / 19 Jamadilakhir 1431H.

Hari ini pihak sekolah dan guru-guru telah mengadakan aktiviti kuiz untuk pelajar-pelajar bagi mengisikan masa selepas peperiksaan selesai bagi Darjah IV dan V kelmarin. Aktiviti ini dikendalikan oleh guru-guru Darjah V yang berlansung di bilik amali sekolah ini.

Dengan adanya aktiviti yang dijalankan ini dapat memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar untuk lebih berkeyakinan dalam menyertai apa-apa jua aktiviti yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan diselajurkan untuk menghilangkan tekanan dan stress selepas berjuang berhabis-habisan dalam peperiksaan.

Tahniah dan syabas bagi pelajar yang berjaya.

PEPERIKSAAN BERTULIS RENDAH ATAS DH IV, V DAN VI

9:36 PM Edit This

Rabu 26 hb Mei 2010M / 12 Jamadilakhir 1431H

Peperiksaan bertulis bagi pelajar-pelajar Darjah IV, V dan VI bermula hari ini setelah peperiksaan bagi pelajar Rendah bawah Dh Pra, I, II dan III berlansung tiga hari yang lalu. Peperiksaan berjalan dengan lancar hari ini.

Sekolah Ugama PAPAUKAI Mulaut's Fan Box