PROFILE SEKOLAH UGAMA PAP AMAL UMMI KALTHUM AL ISLAM MULAUT

MUNFAAT ILMU PADA MANUSIA

Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa ingin berbahagia di dunia hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang ingin berbahagia di akhirat hendaklah ia juga berilmu, dan barangsiapa yang ingin berbahagia pada kedua-duanya iaitu di dunia dan juga di akhirat hendaklah ia juga berilmu"

SANTAPAN MINDA : "BE POSITIVE"

AKTIVITI CUTI PENGGAL : EKSPEDISI MENDAKI BUKIT BUJANG PAHANG KG MENUNGGUL PULAU BERAMBANG

3:20 AM Edit This




Sabtu : 05 hb June 2010M / 22 Jamadilakhir1431H

Seramai lebih 25 orang guru bersama 150 orang pelajar Darjah VI (sesi pagi dan petang) hari ini telah mengadakan ekspedisi mendaki Bukit Bujang Pahang yang terletak di Pulau Berambang Kampong Menunggol. Aktiviti ini adalah merupakan aktiviti terancang yang dikhususkan untuk pelajar-pelajar Darjah VI untuk dapat memanfaatkan cuti mereka dengan perkara berfaedah dan sebagai langkah untuk memotivasikan mereka dalam menghadapi peperiksaan besar yang akan mereka hadapi iaitu Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah VI pada bulan Disember nanti.

Daripada pendakian ini pelajar-pelajar diasuh dengan semangat perjuangan untuk menghadapi peperiksaan iaitu segala perkara itu memerlukan semangat perjuangan untuk berjaya. Pendakian hanya akan berjaya setelah bersusah payah melakukan pendakian dan begitu jugalah halnya di dalam menempuhi peperiksaan yang memerlukan kekuatan fizikal, mental dan spritual.

Rombongan sekolah diketuai oleh Penolong Guru Besar. Cikgu Muhd Fauzi bin Hj Zaini dibantu oleh guru-guru lelaki sekolah ini. Menyertai rombongan ini juga guru besar sekolah Cikgu Hjh Noorsiah binti Hj Mohd Noor iaitu penyokong kuat bagi segala aktiviti-aktiviti sekolah yang dilaksanakan.

Perjalanan ekspidisi ini bermula pada jam 7.00 pagi dimana pelajar berkumpul di SU PAPAUKAI Mulaut, seterusnya berangkat dengan menaiki bus dan bot dan menaiki bus sekali lagi menuju ke anak kaki Bukit Bujang Pahang. Di sana pemanasan badan dilakukan dan bacaan doa selamat dibacakan sebuah pendakian dilakukan.

Di dalam perjalanan ini terdapat empat (4) tempat yang dilawati iaitu Gua Batu Arang, Bukit Bujang Pahang, Gua Gelap dan Batu Berpangkat. Semua asal legenda ini diterangkan oleh 2 orang penduduk kampong yang menyertai rombongan ini.

Rombongan sekolah juga disertai oleh pihak RTB yang melakukan pengambaran ekspidisi sekolah ini .

Tahniah kepada semua guru-guru, pelajar-pelajar, teman-teman, ahli keluarga warga sekolah yang berjaya mendaki ke puncak dengan jayanya meskipun ianya amat memenatkan.

Namun yang terindah iaitu semangat dan kekuatan gabungan kerja berpasukan guru-guru dan pelajar-pelajar dan indahnya kekuatan fizikal dan mental kesemuanya untuk tidak kalah bagi menakluki bukit yang indah pemandangannya ini.

Terima kasih juga kepada pelajar-pelajar yang meng "guide" guru-guru dan teman-teman mereka dengan tali ketika menuruni bukit ini.

TAHNIAH

Sekolah Ugama PAPAUKAI Mulaut's Fan Box