PROFILE SEKOLAH UGAMA PAP AMAL UMMI KALTHUM AL ISLAM MULAUT

MUNFAAT ILMU PADA MANUSIA

Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa ingin berbahagia di dunia hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang ingin berbahagia di akhirat hendaklah ia juga berilmu, dan barangsiapa yang ingin berbahagia pada kedua-duanya iaitu di dunia dan juga di akhirat hendaklah ia juga berilmu"

SANTAPAN MINDA : "BE POSITIVE"

PERBENTANGAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN TARIKH

5:33 PM Edit This

Selasa : 25 hb Mei 2010M / 11 Jamadilakhir 1431H

Satu peraduan pembentangan projek secara berkumpulan bagi pelajar-pelajar darjah VI dengan mengunakan powerpoint melalui mata pelajaran Tarikh telah diadakan hari ini dengan dikendalikan oleh guru mata pelajaran tarikh. Pembentangan yang di fokuskan kepada sekitar tajuk mata pelajaran Tarikh ini berobjektifkan beberapa tujuan iaitu :

1. Sebagai satu langkah mempelbagaikan kaedah dan cara guru dalam memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
2. Memberikan satu cara mempermudahkan pelajar-pelajar mencapai kefahamanan mereka dalam pembelajaran.
3. Memberikan pengalaman "self confident" kepada pelajar-pelajar dalam pembentangan.
4. Membiasakan pelajar-pelajar dalam kerja berpasukan.

TAKLIMAT DAN KONGSISAMA "KEM MOTIVASI"

3:53 AM Edit This

Sabtu : 22 hb Mei 2010M / 08 Jamadilakhir 1431H.

Taklimat dan kongsisama berkaitan perancangan mengadakan kem motivasi di luar sekolah telah diadakan petang tadi dengan pertemuan guru motivasi kawasan Brunei III, Cikgu Emran bin Haji Abd Rani yang memberikan taklimat bagi guru-guru sesi pagi. Majlis dipengerusi kan oleh guru besar Cikgu Hjh Noorsiah binti Haji Mohamad Noor.

Kem motivasi luar sekolah ini dirangka akan diadakan pada bulan Julai nanti khusus bagi darjah VI sesi pagi dan sesi petang secara berasingan.

PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2010M / 1431H

3:47 AM Edit This


Sabtu ; 22 hb Mei 2010M / 6 Jamadilakhir 1431H

Peperiksaan bertulis bagi peperiksaan setengah tahun 2010M / 1431H telah bermula bagi pelajar-pelajar yang menduduki Darjah Pra. I, II dan Darjah III. Peperiksaan ini berjalan selama tiga hari bagi rendah bawah di mana ia bermula pada jam 8.00 pagi bagi sesi pagi dan jam 2.00 petang bagi sesi petang.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

7:38 AM Edit This




Selasa : 18 hb Mei 2010M / 04 Jamadilakhir 1431H.
Lawatan bagi murid-murid Darjah Pra dan Darjah II (sesi pagi) hari ini diteruskan dengan lawatan ke Muzium Teknologi Jalan Kota Batu. Lawatan ini adalah merupakan pengalaman pertama bagi pelajar-pelajar dalam menimba pengalaman belajar di luar sekolah.

SEMBAHYANG HAJAT & MEMBACA YASSIN - PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN : MASJID KG MULAUT.

5:16 AM Edit This


Isnin - 17 hb Mei 2010M /

DUIT - 'Doa' 'Usaha' 'Ikhtiar' dan 'Tawakkal' adalah merupakan dabungan pelbagai usaha yang, akan dan telah dilaksanakan oleh pihak SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut demi mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar. Berkaitan dengan itu, hari ini pihak sekolah telah melaksanakan sembahyang hajat dan membaca Yassin bagi memohon ke hadrat Allah SWT memberi kemudahan pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan Setengah Tahun 2010M ini.

Majlis ini diadakan pada dua sesi persekolahan pagi dan petang di Masjid Kampung Mulaut yang berdekatan sekolah. Di majlis sesi pagi sembahyang Hajat di kepalai dan diimamkan oleh Cikgu Ak Hj Shahminan bin Pg Hj Besar dan disesi petang di kepalai oleh Cikgu Mohd Fauzi bin Haji Zaini.

PENYAMPAIAN SIJIL GURU CEMERLANG PSSSRU DH VI

6:17 AM Edit This


Khamis 13 hb Mei 2010M / 28 Jamadilakhir 1431H.

Membaca Surah Yassin dan Doa Tahlil adalah merupakan dua aktiviti yang dilakukan oleh badan Amali sekolah ini di setiap hari Khamis secara berselang minggu. Majlis diadakan di dalam bilik amali sekolah ini.

Hari ini majlis tersebut diselajurkan dengan penyampaian sijil kepada guru-guru darjah VI yang mana mereka mendapat 100% lulus di dalam peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah VI tahun 2009 yang lalu. Majlis penyampaian sijil disempurnakan oleh Penolong Guru Besar Cikgu Hajah Limah binti Hj Bakar.

SUMBANGAN BUKU ZIKIR DAN DOA INFLUENCE H1N1

7:36 AM Edit This

RABU : 12 hb May 2010M / 27 Jamadilawal 1431H
Sekalung penghargaan terima kasih daripada warga SU PAP Amal Ummi Kalthum Al Islam di atas sumbangan buku Zikir yang diterima iaitu daripada : Royal Brunei Technical Services yang menyumbangkan 200 naskah dan Keluarga Abnu binti Hj Deli yang menyumbangkan 100 naskah. Dengan iringan doa semoga dirahmani dan diberkati Allah SWT. Buku-buku zikir ini diperlukan bagi menampung keperluan pelajar yang akan menggunakannya untuk belajar berzikir iaitu dengan period sekali seminggu.
Pihak sekolah juga merakamkan penghargaan terima kasih kepada Bank Islam Brunei Darussalam yang menyumbangkan Catitan Doa Influence HINI bagi kegunaan sekolah ini seharian.

PENG AGIHAN BUKU KESIHATAN

8:07 AM Edit This

Isnin : 10 hb Mei 2010 / 25 Jamadilawal 1431H

Sekolah Ugama PAP Amal Umi Kalthum hari ini telah mengagihkan buku Panduan Permakanan Kanak-Kanak yang telah disumbangkan oleh Kementerian Kesihatan. Buku ini mempunyai perisiaa n ilmu berkaitan pola makanan sihat, cara pemakanan sihat dan kepentingan menjaga makanan bagi keperluan jasmani, mental yng cergas dan cerdas .

Dengan adanya buku ini dapat memberikan panduan dan membina minda pelajar tentang makanan seimbang, kurang gula dan kurang lemak dan mengetahui gangsa pengambilan makanan seimbang.

INTERGRASI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

5:25 AM Edit This

Sabtu 08hb Mei 2010M / 23 Jamadilawal 1431H

Berorentasikan daripada krusus dan taklimat berkaitan pengajaran dan pembelajaran awal kanak-kanak yang telah dikendalikan oleh pihak Jabatan Pengajian Islam sebelum ini, guru-guru Darjah Pra iaitu Cikgu Norita binti Hj Md Zain, Cikgu Nur Adiana binti Hj Azamain dan Cikgu Mashainun binti Hj Ibrahim telah mengaplikasikan dapatan mereka di dalam krusus itu ke bilik darjah. Ini adalah langkah mempratikal ilmu yang di dapati daripada krusus itu dan kesannya adalah mendapat kesan positif kepada pelajar-pelajar.

SAMBUTAN HARI IBU

3:01 AM Edit This
Sabtu : 08 Mei 2010M / 23 Jamadilawal 1431H

"SHURGA DI TAPAK KAKI IBU". Begitulah harga pengorbanan seorang ibu bagi manusia Islam. Dengan itu, bersempena hari ibu pihak sekolah telah menyambutnya dengan pembuataan kad ucapan bagi ibu tercinta murid-murid. Ianya dikendalikan oleh pelajar-pelajar Darjah Tiga Alif, Tiga Ba dan Tiga Ta.

Adapun objektif sambutan ini adalah bagi menyemai dan memupuk perasaan kasih sayang dan sikap menghargaai sesama manusia terutama menghargai pada pengorbanaan seorang ibu. Dengan itu pelajar-pelajar akan dapat menyedari akan hukum wajibnya menghormati ibu mereka dan akan setiasa menghormati ibu mereka selama-lamanya.

Kepada ibu-ibu diucapkan
"Selamat Hari Ibu".

PENYAMPAIAN HADIAH MURID CEMERLANG "5" AGERAGET (PSSSRU DH VI) DAN PENGHARGAAN GURU-GURU CEMERLANG DAN SEKOLAH CEMERLANG 100% LULUS PSSSRU DH VI.

6:21 AM Edit This



Jumaat : 07 hb Mei 2010m / 22 Jamadilawal 1431H.

Seramai 07 orang pelajar SU PAP Amal Ummi Kalthum Al Islam Mulaut adalah kalangan pelajar yang menerima hadiah mereka hari ini di dalam Majlis Penyampaian Hadiah Cemerlang bagi Peperiksaan Sijil Sekolah Rendah Ugama Dh VI tahun 2009M bagi kawasan Brunei III, yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Bengkurong petang tadi.

Disamping itu juga 05 orang guru dari sekolah ini juga telah menerima hadiah mereka kerana berjaya mendapatkan prestasi 100% lulus bagi pelajar-pelajar sekolah ini. Pemberian hadiah ini adalah satu usaha untuk mengucapkan tahniah atas pengorbanan mereka dan seterusnya memupuk jiwa untuk meneruskan perjuangan mereka kearah kecemerlangan.

Di majlis ini juga disampaikan hadiah kepada sekolah-sekolah yang mendapat 100% lulus dalam peperiksaan PSSSRU Dh VI tahun lalu yang mana, sekolah ini adalah sebuah daripada sekolah terlibat. Penyampaian hadiah telah diterima oleh Guru Besar sekolah ini iaitu Cikgu Hjh Noorsiah binti Hj Mohd Noor

Majlis penyampaian ini adalah dikendalikan oleh Jawataankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei III yang mana tetamu kehormat pada majlis ini ialah Ustazah Hjh Mariam binti Hj Mohd Daud, Pemangku Pengarah Pengajian Islam.

Tahniah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang berjaya.

TAKLIMAT PEPERIKSAAN SIJIL SEKOLAH SEKOLAH RENDAH UGAMA DARJAH VI 2010M/1431H

4:35 AM Edit This

Jumaat : 07 hb Mei 2010M / 22 Jamadilawal 1431H

Dengan objektif untuk memberikan maklumat yang lebih jelas dan terperinci berkaitan Peperiksaan Sijil Sekolah Sekolah Rendah Ugama Dh VI (PSSSRU DHVI) kepada ibubapa atau penjaga hari ini pihak SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut telah memberikan taklimat kepada ibubapa dan penjaga murid Dh VI kedua-dua sesi persekolahan pagi dan petang

Majlis taklimat ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Mukim Sengkurong Jalan Jerudong bermula jam 8.30 pagi. Di dalam taklimat ini didedahkan berkaitan peperiksaan tersebut seperti perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian dan sangat penting dalam mempertingkatkan kemajuan akademik pelajar.

Selain itu pihak sekolah juga telah membincangkan dua perkara berikut yang berkaitan dengan pelajar darjah VI iaitu:
  • Majlis Khatam Quran Murid-Murid Darjah VI 2010M
  • Hari Motivasi Pelajar Darjah VI
Disamping itu juga diadakan sesi perbincangan dan soaljawab dalam sama-sama memberikan pandangan dan bertukar-tukar maklumat antara dua pihak iaitu pihak ibubapa dan pihak sekolah.

JERAYAWARA TAKLIMAT PENJUALAN KANTIN SEKOLAH

3:16 AM Edit This


Khamis : 06 hb Mei 2010M / 20 Jamadilawal 1431H

Dengan tema "BERSAMA KE ARAH WARGA SIHAT MENUJU KEREDHAAN ALLAH", Sekolah Ugama PAP Amal Ummi Kalthum Al Islam hari ini menerima kunjungan daripada Bahagian Permakanan Masyarakat Kementerian Kesihatan sempena Jerayawara berkaitan penjualan makanan dan minuman kantin-kantin persekolahan ugama yang diungkayahkan oleh jabatan tersebut.

Taklimat ini disampaikan oleh Dyg Suariani binti Haji Tamin yang memberikan penerangan tentang makanan seimbang dan keperluannya serta tentang kebersihan dan kesihatan serta penjualan makanan di dalam kantin sekolah.

Majlis pada hari ini dimulakan dengan bacaan ayat suci al Quran oleh Dk Nur Aqilah binti Pg Hj Ayub. Pada akhir sesi penyampaian cenderamata disampaikan oleh guru besar Cikgu Hjh Noorsiah binti Hj Mohd Noor.

MEMBACA YASSIN MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH SWT

7:45 AM Edit This

Rabu 05 hb Mei 2010M / 20 Jamadilawal 1431H

Pelajar-pelajar Darjah VI (sesi petang) hari ini telah melaksanakan majlis membaca Yassin bagi memohon perlindungan Allah SWT daripada bala bencana yang datang daripada mahluk halus seperti jin dan sebagainya.

Dengan adanya majlis ini akan menguatkan minda dan fizikal pelajar-pelajar daripada dipengaruhi oleh perkara-perkara yang tidak diingini dan menguatkan rasa keimanan dan kepercayaan terhadap Allah SWT.

SENAMAN DAN LATIHAN PERNAFASAN (PRATIKAL) BACA QURAN SATU NAFAS.

7:32 AM Edit This

Rabu : 05 hb Mei 2010M / 20 Jamadilakhir 1431H

Sempena minggu membudayakan al Quran, pihak guru kanan al Quran hari ini telah mengadakan senaman dan latihan pernafasan membaca ayat quran dengan satu nafas. Pratikal dan latihan ini telah diadakan semasa sesi perbarisaan pagi yang memuatkan cara pengeluaran nafas yang berperingkat-peringkat dengan menyebut vokal AA""".... dalam peringkat Qarar, Nawa, Jawab dan Jawabul Jawab. Perkara ini juga diaplikasikan dengan mengunakan ayat pertama Surah Al Fatihah (ayat pertama).

Senaman dan latihan ini berobjektifkan untuk melatih para murid untuk membaca ayat al Quran dengan satu nafas.

TERIMA KASIH DAN SELAMAT MENIKMATI HARI BERSARA.

7:21 AM Edit This
Selasa : 04 hb Mei 2010M / 19 Jamadilawal 1431H

Sekalung penghargaan dan sejambak rasa kasih buat Cikgu Datin Hjh Rohanie binti Hj Ahmad yang telah menamatkan perkhidmatan beliau (bersara) dari tugas sebagai seorang pendidik. "TERIMA KASIH" atas segala pengorbanan dan kerjasama yang diberikan selama ini dalam memajukan sekolah ini menuju ke arah kecemerlangan samada dalam pentadbiran, kurikulum mahupun ko-kurikulum.

Selamat menikmati hari-hari yang menanti... dengan keimanan yang kuat di hati. "Pintu pagar sekolah sentiasa terbuka dan lawat-lawat saja kami di sini ".

PEPERIKSAAN LISAN AL QURAN DAN LATIHAN AMALI (PEP.SETENGAH TAHUN)

7:17 AM Edit This
Isnin 03hb Mei 2010M / 18 Jamadilawal 1431H

Peperiksaan lisan al Quran dan latihan amali bagi semua peringkat Darjah Pra, I, II, III, IV, V dan VI telah bermula hari ini bagi peperiksaan setengah tahun 2010M ini. Peperiksaan ini dijangkakan akan berakhir dalam jangka waktu 2 minggu di mana pelajar-pelajar akan di uji dan disoal berkaitan dengan bacaan, ejaan, bacaan quraan, bacaan sembahyang, doa-doa serta tajuid al quraan.

Matapelajaraan al quran dan latihan amali adalah subjek yang sangat diambil penting memandangkan ianya diwajibkan lulus dan kegagalan pada subjek ini akan menyebabkan pelajar tidak akan disokong untuk lulus dan naik ke peringat seterusnya.

TAMAN BUAH-BUAHAN SEKOLAH MENGELUARKAN HASIL

7:41 AM Edit This
01 Mei 2010M / 16 Jamadilawal 1431H : Sabtu

Menjenguk ke halaman persekitaran SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut menampakan pokok buah-buahan di sekitar taman telah membibitkan hasil dengan penghasilan buah dengan lebatnya.

Ini mengingatkan pada papatah ""jika kita berbudi kepada tanah maka ia akan berbudi kepada kita" yang membawa maksud jika kita rajin mengerjakan tanah dengan bercucuk tanam maka ia akan mendatangkan hasil pada manusia.

Sekolah Ugama PAPAUKAI Mulaut's Fan Box