PROFILE SEKOLAH UGAMA PAP AMAL UMMI KALTHUM AL ISLAM MULAUT

MUNFAAT ILMU PADA MANUSIA

Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa ingin berbahagia di dunia hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang ingin berbahagia di akhirat hendaklah ia juga berilmu, dan barangsiapa yang ingin berbahagia pada kedua-duanya iaitu di dunia dan juga di akhirat hendaklah ia juga berilmu"

SANTAPAN MINDA : "BE POSITIVE"

PERASMIAN FACEBOOK SEKOLAH UGAMA PAP AMAL UMI KALTHUM AL-ISLAM MULAUT

6:24 AM Edit This

Rabu : 31 hb March 2010M / 15 Rabiulakhir 1431H

"Dengan kalimah BISMILLAH HIRAHMAN NIRAHIM, saya rasmikan facebook SU PAP Amal Ummi Kalthum Al Islam Mulaut, semoga facebook sekolah ini akan memberikan munfaat kebaikan kepada sekolah ini dalam mencapai visi dan misi negara menjadikan ugama Islam sebagai teras penghidupan manusia". Demikianlah ucapan perasmian Guru Besar SU PAPAUKAI Mulaut, Cikgu Hajah Noorsiah binti Haji Mohamad Noor pada perasmian dan pembukaan penggunaan Facebook SU PAP Amal Ummi Kalthum Al Islam yang secara aktifnya pada
hari ini.
Perasmian ini disambut dengan laungan ALLAHU AKBAR oleh guru-guru sekolah ini. Majlis ini diadakan di bilik persidangan sekolah yang mana majlis disusuli dengan penerangan ringkas berkaitan facebook dan blogspot oleh guru ICT iaitu Cikgu Massuni bin Hj Jumat dan di bantu oleh Cikgu Redzuan Hj Besar.
Dengan kemudahan ini warga sekolah dan warga dunia ICT akan dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara global.

SESI BERGAMBAR

8:09 AM Edit This
30 hb March 2010M / 14 Rabiulakhir 1431H : Selasa

Murid-murid sekolah ini telah merakamkan potret mereka melalui sesi bergambar ramai yang diadakan bagi kesemua pelajar-pelajar yang bernaung dan menjadi warga sekolah ini. Dengan sesi akan menyungkit semangat mencintai sekolah dan mengabdikan kenangan itu untuk sejarah kenangan indah di alam persekolahan pada masa akan datang.

DOA PEMBUKA HARI PERTAMA PENGGAL KE DUA PERSEKOLAHAN.

6:51 AM Edit This
Isnin : 29 hb March 2010 / 13 Rabiulakhir 1431H
Tirai hari pertama penggal ke dua persekolahan hari ini dibuka dengan bacaan doa kesyukuran dan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang memenangi peraduan sukan yang diadakan pada sukan ria yang lalu. Majlis penyampaian hadiah bagi pelajar-pelajar sesi petang ini disampaikan oleh guru besar sekolah iaitu Cikgu Hajah Noorsiah binti Haji Mohamad Noor.

Pihak sekolah berharap dan mendoakan semoga sepanjang perjalanan persekolahan akan berjalan dengan lancar di dalam penggal ke II ini Isyaallah.

AKTIVITI CUTI-CUTI : SU PAPAUKAI MULAUT

5:54 AM Edit This
Hari Sabtu : 27 hb March 2010M / 11 Rabiulakhir 1431H.

Sebagai menyahut perlaksanaan program 3 K, beberapa orang guru telah mengambil inisiatif menjadikan waktu cuti sekolah ini sebagai waktu dan masa memperindahkan kawasan blok mereka sebagaimana yang ditentukan pihak pentadbiran. Ini meliputi mempercantikan dan mengindahkan kawasan tangga dengan mengukir lukisan dan ayat-ayat serta doa dan menjadikan ruang ini sebagai kawasan tempat mendapatkan dan menyebarkan maklumat kepada pelajar-pelajar sekolah.

Dan yang membanggakan adalah sikap dan sifat kerjasama dalam kerja berpasukan dan saling bantu membantu dalam mengungkayahkannya.

MAJLIS MENGENANG JASA MANTAN GURU BESAR DAN GURU-GURU BERPINDAH

4:45 AM Edit This

20 hb March 2010M / 04 Rabiulakhir 1431H : Sabtu
Warga SU PAP Amal Ummi Kalthum Al Islam (sesi petang) telah mengadakan majlis mengenang jasa bagi mantan guru besar dan guru-guru sesi petang yang telah berpindah. Mereka yang dimaksudkan dan diraikan di majlis itu ialah mantan guru besar sekolah iaitu Cikgu Hajah Jamaliah binti Haji Mohd Said yang berpindah bertugas ke Penjara Jerudong, Cikgu Massuni bin Hj Jumat dan Cikgu Muizzah binti Kifli, keduanya berpindah ke sesi pagi, Cikgu Rahinah binti Abd Rahim berpindah ke SU Mulaut dan Cikgu Hjh Alimah Hj Othman berpindah ke SU Rimba II.
Majlis tengahari itu dimulakan dengan bacaan fatihah dan seterusnya ucapan guru besar sekolah Cikgu Hjh Noorsiah Hj Mohd Noor, ucapan mantan guru besar, ucapan wakil guru berpindah dan disusuli dengan pencapaian cenderamata kepada mereka yang diraikan. Majlis di akhiri dengan bacaan doa selamat.

Warga sekolah mengucapkan sekalung ucapan terima kasih kepada guru-guru yang diraikan dengan iringan harapan dan doa mereka akan dapat memberikan sumbangan di arena pendidikan dengan jayanya.
AMIN!!

AKTIVITI DI CUTI PENGGAL PERTAMA 2010

4:29 AM Edit This
20 hb March 2010M / 04 Rabiulakhir 1431H : Sabtu
Pada cuti penggal persekolahan pertama ini pihak sekolah telah mengambil inisiatif dan kesempatan cuti ini dengan mengadakan pembisaian dan mengemaskinikan lagi bangunan dan kawasan sekolah iaitu tertumpu kepada mencantikan dan menceriakan kawasan tangga diblok A, B dan C, stor penyimpanan barang, stor penyimpanan kitab-kitab dan bilik-bilik tandas guru-guru. Ini merupakan langkah bagi menyamin kebersihan kawasan-kawasan tersebut.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR : MUZIUM KOTA BATU

6:16 AM Edit This
18 hb March 2010M/ 02 Rabiukakhir 1431H : Khamis.
Seramai 100 orang pelajar SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam sesi petang iaitu pelajar Darjah III Alif, III Ba dan III Ta telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium di Kota Batu sebagai lawatan terakhir untuk sesi penggal I tahun ini. Dengan adanya lawatan yang disertai oleh mereka ini dapat memberikan mereka beberapa input dan ilmu yang berkaitan dengan sejarah Negara Brunei Darussalam.

AKTIVITI PENUTUP PENGGAL I - SUKAN GURU-GURU

5:00 AM Edit This

Khamis : 18 hb March 2010M / 02 Rabiulakhir 1431H
SU PAP Amal Ummi Kalthum Al Islam (Sesi Pagi).
Penggal Pertama Persekolahan Tahun 2010M ini ditutup dengan mengadakan aktiviti sukan bagi guru-guru sekolah ini dan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang sukan ria kepada pelajar-pelajar yang berjaya kelmarin.

Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh guru besar sekolah ini iaitu Cikgu Hajah Noorsiah binti Haji Mohamad Noor dan penolong guru besar iaitu Cikgu Hjh Limah binti Haji Bakar. Tahniah kepada pememnang-pemenang yang berjaya.

SUKAN RIA - ANTARA RUMAH-RUMAH (SESI PETANG)

8:54 AM Edit This

17 hb March 2010M / 01 Rabiulakhir 1431H : Rabu
Sukan ria di antara rumah-rumah juga diadakan pada sebelah petang persekolahan hari ini. Semangat perjuangan bagi mempastikan rumah masing-masing mendapat kemenagan bergema tatakala rakan-rakan berjuang dalam pertandingan mengikut kategori yang ditandingkan. Ini memberikan semangat saling sokong menyokong dan berbudaya semangat berpasukan di antara satu sama lain.

Di antara sukan yang dipertandingan ialah mengutip gula-gula, mengisi air dalam botol, makan makanan bergantung, menendang dan membawa bola berganti-ganti, berlari ikat kaki, meniup belon hingga pecah, membawa bola dlm sudu dan bermacam-macam lagi.

Kemeriahan semangat dengan irama laungan slogan masing-masing

SUKAN RIA - ANTARA RUMAH-RUMAH (SESI PAGI)

8:38 AM Edit This


17 hb March 2010M / 01 Rabiulakhir 1431H : Rabu
Kemeriahan sukan ria SU PAP Amal Ummi Kalthum Al Islam dengan laungan slogan di antara rumah Merah, Kuning, Hijau dan Biru bergema di awangan dipersekitaran sekolah hari ini. Ini adalah merupakan sukan ria sekolah yang diadakan bagi mengisi hari-hari penutut penggal persekolahan bagi penggal pertama tahun 2010M ini. Sukan ria ini selain dihasratkan untuk memberikan pembelajaran berbentuk psikomotor jasmani pelajar, ia juga juga dihasratkan untuk mengeratkan perpaduan di antara warga sekolah dan dapat memupuk sikap berdaya saing di antara sesama pelajar bukan sahaja dalam pembelajaran dan akademik tetapi juga dalam sukan (fizikal).

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang dapat memberikan semangat sukan kepada rumah masing-masing.

SEKITAR PERSIAPAN SUKAN RIA

7:11 AM Edit This

16 hb March 2010M / 30 Rabiulawal 1431H : Selasa

Disisipkan sekitar persedian guru-guru dan warga sekolah membuat persiapan untuk majlis sukan ria pada hari Rabu 17 hb March esuk hari. Ini meliputi penyediaan hadiah dan memperindah rumah masing-masing iaitu rumah Hijau, rumah Biru, rumah Merah dan rumah Kuning.

SELAMAT BERJUANG ESUK!!!!

MINGGU 'GIGI SIHAT' BAGI DARJAH I

5:59 AM Edit This
15 hb March 2010M / 29 Rabiulawal 1431H : Isnin
Selain minggu - membaca jawi bagi Darjah Pra, Minggu "Gigi Sihat" pula adalah merupakan aktiviti khusus diadakan untuk Darjah I pada minggu terakhir penggal ini. Di dalam program Gigi Sihat ini pelajar-pelajar Darjah I didedahkan dan ditunjukcara berkaitan cara-cara pemberusan gigi yang betul sebagaimana yang disarankan oleh pihak klinik kesihatan gigi.

Disamping itu juga, program minggu gigi sihat ini akan menyedarkan para pelajar tentang tuntutan ugama Islam yang sangat mengambil berat berkaitan tentang kebersihan dan kesihatan. Dengan adanya gigi yang sihat dan bersih akan memberikan kesedaran kepada pelajar tentang tuntutan bersiwak - berberus gigi.

MINGGU MEMBACA JAWI BAGI DARJAH PRA.

5:14 AM Edit This
15 March 2010M / 29 Rabiulawal 1431H : Isnin

Bermula 15 March 2010M hingga 18 March 2010M, minggu terakhir sesi persekolahan penggal pertama tahun 2010M ini dijadikan sebagai Minggu Membaca Jawi bagi pelajar-pelajar Darjah Pra sesi pagi dan sesi petang sekolah ini.

Objektif minggu membaca jawi ini adalah :
  1. Untuk memupuk minta suka membaca dan membudayakan di kalangan kanak-kanak dari usia muda lagi.
  2. Untuk memberikan galakan kepada pelajar untuk memilih buku jawi sebagai santapan minda mereka.
  3. Untuk memupuk menjadikan buku sebagai teman karib mereka di mana jua mereka berada.
Sesi minggu membaca ini diadakan di sekitar bilik darjah dan juga di luar bilik darjah iaitu di halaman sekolah dan kawasan pondok sekolah, iaitu selama 15 minit sebelum sesi pembelajaran iaitu pada jam 7.15 pagi dan jam 1.45 petang (selepas sembahyang zohor).

LAWATAN SAMBIL BELAJAR : BANGUNAN ALAT-ALAT KEBESARAN DI RAJA BRUNEI

3:30 AM Edit This

Hari Sabtu : 13 hb March 2010M/ 27 Rabiulawal 1431H.

Seramai 60 orang pelajar Darjah IV Alif dan IV Ba (sesi pagi) sekolah ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja Bandar Seri Begawan bagi meninjau bilik-bilik pameran yang berkaitan dengan alat-alat kebesaran diraja yang digunakan di sepanjang pemerintahan raja-raja di Negara Brunei Darussalam ini. Dengan pengetahuan berkaitan ini dapatlah pelajar-pelajar mengetahui sejarah sistem pemerintahan beraja di negara ini dan akan menjunjung taat kepada kerajaan yang berkonsepkan "Melayu Islam Beraja".

KEMPEN MENGECAT BLOK TANGGA PENTADBIRAN

7:30 PM Edit This
JUMMAT : 12 hb March 2010M / 26 Rabiulawal 1431H.
Langkah pihak sekolah untuk membisaikan persekitaran sekolah telah dilanjutkan lagi hari ini dengan mengecat dan melakar lukisan di kawasan tangga blok pentadbiran. Ianya dijayakan oleh empat orang guru termasuk guru besar sendiri di mana guru-guru di bahagikan kepada 3 bahagian iaitu guru-guru pagi di kawasan Block C, guru-guru petang di kawasan Blok B dan bahagian pentadbiran di Blog A - Pentadbiran. Kerja-kerja selesai jam 11.30 pagi .

LAWATAN SAMBIL BELAJAR : MUZIUM KOTA BATU (SESI PETANG)

4:12 AM Edit This

Khamis : 11hb March 2010M / 25 Rabiulawal 1431H

Lawatan sambil belajar ke Muzium Kota Batu Bandar Seri Begawan juga diadakan oleh pelajar-pelajar sesi petang iaitu bagi pelajar Darjah I dan Darjah II Jim yang mempunyai keramaian sebanyak 100 orang. Lawatan ini di iringi oleh Cikgu Masnah, Cikgu Hjh Dahlia, Cikgu Hjh Janah dan Cikgu Muhd Najib.

Dengan lawatan ini dapatlah pelajar-pelajar sekolah ini membuka minda mereka tentang hal ehwal yang berhubungkait dengan Negara Brunei Darussalam dan melihat pelbagai khazanah negara dan sejarahnya. Mereka juga akan dapat melihat hal-hal ilmu yang berkaitan dengan kedatangan Islam di Negara Brunei Darussalam.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR : MUZIUM KOTA BATU (SESI PAGI)

3:51 AM Edit This

Hari - Khamis 11hb March 2010M/25 Rabiulawal 1431H.

Satu lawatan sambil belajar bagi seramai 100 orang pelajar Darjah Pra dan Darjah I yang telah selesai menghadapi ujian bulanan kali pertama telah melawat ke Muzium Kota Batu Bandar Seri Begawan. Lawatan ini adalah bertujuan sebagai penambahan ilmu kepada pelajar-pelajar bagi mengenali Negara Brunei Darussalam dengan lebih mendalam lagi. Disamping itu ia juga memupuk sikap mencintai negara, ugama dan bangsa BRUNEI. Guru-guru yang mengiringi lawatan ini ialah Cikgu Hjh Siti Norazemah, Cikgu Masni, Cikgu Hjh Sainah dan Cikgu Nur Diyanah Saf wah. Sebelum meninjau ke bilik pameran pelajar-pelajar telah diberikan taklimat pegawai-pegawai galeri.

KEMPEN 3 K (STAFF DAN KAWASAN TANGGA)

5:28 AM Edit This
10 hb March 2010M / 24 Rabiulawal 1431H : Rabu

Bagi memyahut Program 3K - Kesihatan, Kebersihan dan Keindahan warga sekolah (guru-guru dan kakitangan), hari ini telah mengambil inisiatif membisaikan lagi sekolah ini dengan mengadakan kempen kebersihan dan mengecat iaitu berfokus kepada bilik gerakan dan di tiga kawasan tangga sekolah selepas waktu mengajar iaitu jam 11.00 pagi bagi sesi pagi dan 5.15 petang bagi guru-guru sesi petang.

PERADUAN AL QURAN PEREMPUAN KATEGORI 'B'

6:16 AM Edit This
Sekali lagi pihak sekolah ungin mengucapkan tahniah kepada peserta sekolah ini iaitu : kerana telah berjaya mendapat tempat ke DUA - di Peraduan membaca Al Quran Perempuan Kategori B yang telah diadakan di Sekolah Ugama PAP Majedah Nurul Bolkiah Kilanas pada 6hb March 2010M/20 Rabiulawal 1431H hari Sabtu lepas.

Semoga kejayaan ini akan dijadikan pendorong dan langkah mula untuk mempertingkatkan mutu pembacaan al Quran pada masa akan datang.

PERADUAN AL QURAN LELAKI KATEGORI 'A'

5:55 AM Edit This
Alhamdulillah sekolah ini telah berjaya mendapat tempat ke 3 di dalam peraduan Quran Kategori A (12 tahun ke atas ). Peraduan ini diadakan di Sekolah Ugama PM Abdul Malik, Kampong Bengkurong Brunei III pada 03 hb March 2010M yang lalu.

PERADUAN ZIKIR

5:02 AM Edit This
Pada 20 hb Februari 2010M / 6 Rabiulawal 1431H : Hari Sabtu yang lalu, sekolah ini telah menghantar dua pasukan lelaki dan perempuan bagi mewakili sekolah ini di Peraduan Zikir peringkat kawasan Brunei III yang diadakan di Fathul Busyra Sekolah Ugama Beribi.

Di dalam peraduan tersebut pasukan lelaki yang diwakili oleh : Mohd Ali Wafee bin Zainee, Mohd Akil bin Hj Adanan. Mohd Aiman Syafie bin Dahlan, Md Haziq bin Sabli, Muhd Nur Taswim bin Rozan dan Ak Md Ratiuddin bin Pg Yosaffry telah mendapat tempat ke 4 dengan peratus diperolehi 80%.

Manakala pasukan perempuan pula diwakili oleh Nurfadlhlin Sakinah binti Hj Norariffin, Nuraqilah Afifah binti Dahlan, Hamizah binti Zainal Abidin, Dk Nor Aqilah binti Pg Hj Ayub dan Nurnina Shahawana binti Haji Osmara telah mendapat tempat ke 6 dengan peratus 81.5%.

Tahniah buat pelajar-pelajar kerana memberikan saingan terhebat dalam peraduan tersebut.

UJIAN BULANAN KALI PERTAMA

4:52 AM Edit This
Hari Isnin : 08 hb March 2010M/22 Rabiulawal 1431H.

Bermula hari ini, Isnin sekolah ini mengadakan ujian bulanan kali pertama bagi kesemua peringkat murid dari Darjah Pra hingga Darjah VI (sesi pagi dan petang). Ujian ini akan dijalankan hingga 13 hb March 2010M nanti.

Mengadakan ujian adalah sebagai satu langkah pihak sekolah untuk melihat dan menilai kemampuan akademik pelajar-pelajar. Ini akan membolehkan pihak sekolah untuk membuat penilaian dan seterusnya akan merangka plan tindakan untuk mempertingkatkan mutu pencapaian akademik mereka pada masa akan datang.

SAMBUTAN MAULUDUL RASUL (SESI PETANG)

6:15 AM Edit This
Hari Khamis 4 hb Mac 2010M / 18 hb Rabiulawal 1431H.

Sambutan Mauludul Rasul 1431 bagi sesi petang sekolah ini disemarakan dengan Peraduan Tulisan Jawi juga bertemakan Selawat kepada junjungan kita Rasulullah SAW.

Ianya juga diselajurkan dengan majlis penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang tulisan jawi iaitu yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga. Dan juga kepada 03 pemenang saguhati.
Disamping itu juga diadakan majlis penyampaian hadiah peraduan mewarna bagi pelajar-pelajar Darjah Pra, I, II dan III yang diadakan pada Sambutan Hari Kebangsaan yang telah lalu.

Tahniah kepada yang berjaya!!!.

SAMBUTAN MAULUDUL RASUL (SESI PAGI)

6:00 AM Edit This


o4 hb March 2010M / 18 Rabiulawal 1431H : Hari Khamis.

PERARAKAN MAULUD DAN PERADUAN KHAT JAWI SELAWAT RASULULLAH.

Bagi menyemarakan sambutan Mauludul Rasul tahun 1431H ini, pihak sekolah telah mengadakan perarakan maulud besar-besaran iaitu daripada kawasan sekolah ke kawasan kedai Kampung Mulaut dan seterusnya kembali ke sekolah. Perarakan ini diketuai dan dikepalai oleh Guru Besar sekolah Cikgu Hjh Noorsiah binti Haji Mohamad Noor dan Penolong Guru Besar Cikgu Hjh Limah binti Haji Bakar. Disepanjang perjalanan ini laungan selawat kepada Rasulullah SAW diucapkan oleh kesemua warga sekolah yang seramai 638 orang pelajar bersama 26 orang guru sekolah ini.
Selepas perarakan pula diadakan peraduan menulis khat jawi yang diketegorikan kepada 7 peringkat iaitu daripada Darjah Pra hingga Darjah VI dengan tulisan yang bertemakan SELAWAT RASULLULLAH SAW. Majlis berakhir jam 10 pagi.

PERPUSTAKAAN BERGERAK SEKOLAH

5:25 AM Edit This




Hari Khamis : 04 hb March 2010M/ 18 hb Rabiulawal 1431H.

Sekolah Ugama PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut adalah merupakan sekolah berdaftar yang menjadi ahli kepada perpusatakaan bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam. Dengan adanya kehadiran perpustakaan bergerak ini warga sekolah yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar-pelajar dapatlah meminjam buku tanpa perlu hadir ke perpustakaan yang ada di negara ini dan ini dapat memupuk "budaya ilmu" dikalangan warga sekolah.

Selain itu perkara ini dihasratkan dapat memberikan santapan minda pelajar dengan ilmu pengetahuan dan seterusnya akan menjadikan buku sebagai teman karib mereka.


PENCERAPAN GURU BESAR PADA PENGAJARAN GURU DI BILIK DARJAH

7:40 AM Edit This


















Hari Rabu : 03 hb Mac 2010M / 17 Rabiulawal 1431H


Berobjektifkan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah, guru besar sekolah ini telah mengadakan pencerapan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah bermula bulan March ini (hari ini hari pertama). Perkara ini akan diteruskan lagi sebagaimana yang telah dijadualkan. Selepas sesi pencerapan guru akan dipanggil untuk sesi kongsisama pencerapan.

SISIPAN UNTUK TATAPAN

7:22 AM Edit This


KOMITI BHG DISIPLIN - SPOTCHECK

7:00 AM Edit This


















Rabu : 03 March 2010M / 17 Rabiulawal 1431H.

Komiti Bahagian Disiplin terdiri daripada guru-guru lelaki sekolah ini telah mengadakan spotcheck ke kelas-kelas Darjah IV, V dan VI bagi memastikan pelajar mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Sehubungan itu dinasihatikan kepada pelajar-pelajar untuk tidak akan membawa mobile phone pada masa-masa akan datang kerana perkara ini merupakan satu kesalahan disiplin sekolah.

NAZIR LAWATAN

4:00 AM Edit This


















Hari Rabu : 03 hb March 2010M / 17 hb Rabiulawal 1431H

SU PAPAUKAI Mulaut hari ini menerima tetamu daripada bahagian kenaziran iaitu Ustazah Hjh Safiah dan Ustaz Hj Metussin bin Haji Hidup yang meninjau dan mengadakan pencerapan dan kongsisama bersama-sama guru-guru yang dilawati.

Hasil kongsisama yang diadakan ini diharap akan dapat memperbaiki dan mempertingkatkan lagi keupayaan guru-guru di dalam menyampaikan pengajaran mereka.

UJIAN LISAN AL QURAN DAN LATIHAN AMALI KALI PERTAMA 2010

6:56 AM Edit This
Selasa : 2 hb MaC 2010M / 17 Rabiulawal 1431H

Ujian Kali Pertama Tahun 2010M ini bermula pada hari ini Selasa 02 hb Mac 2010, dengan ujian lisan Al Quraan dan Latihan Amali. Ujian lisan ini akan berakhir pada 06 hb Mac 2010. Adapun Ujian bertulis akan bermula pada 08 hb Mac hingga 13hb Mac akan datang.


MOTIVASI PELAJAR DH VI PTG

6:46 AM Edit This


















Selasa : 02 hb March 2010M / 17 Rabiulawal 1431H


Motivasi khusus kepada pelajar Darjah VI (sesi petang) bagi penggal ini, telah berakhir di mana ianya diadakan petang tadi bagi pelajar-pelajar Darjah Dal. Motivasi ini yang dihasratkan menjadi pembakar semangat perjuangan pelajar dalam menuntut ilmu akan di sambung pada penggal akan datang. Pihak sekolah telah merancang mempelbagaikan program-program yang dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar sekolah ini,

LAWATAN KE PESTA BUKU : SESI PAGI

3:50 AM Edit This


















Hari Isnin : 01 hb March 2010M / 16 Rabiulawal 1431H

Seramai 90 orang pelajar dan 4 orang guru SU PAP AUKAI Mulaut (sesi pagi) terdiri dari Prefek-Prefek dan Ketua 3 K (Kebersihan, Kesihatan dan Kecantikan) telah mengadakan lawatan ke Pameran Buku yang diadakan di Stadium Tertutup Berakas. Rombongan lawatan ini diketuai oleh Penolong Guru Besar Cikgu Hjh Limah binti Haji Daud. Hari ini adalah merupakan hari terakhir pameran tersebut diadakan.

Lawatan ini adalah satu usaha pihak sekolah untuk membuka ruang kepada pelajar mencintai buku dan mencintai ilmu.

Rasulullah SAW bersabda :
" Sesiapa ingin berbahagia di dunia hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang ingin berbahagia di akhirat hendaklah ia juga berilmu, dan barangsiapa yang ingin berbahagia pada kedua-duanya iaitu di dunia dan juga di akhirat hendaklah ia juga berilmu"

Sekolah Ugama PAPAUKAI Mulaut's Fan Box