PROFILE SEKOLAH UGAMA PAP AMAL UMMI KALTHUM AL ISLAM MULAUT

MUNFAAT ILMU PADA MANUSIA

Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa ingin berbahagia di dunia hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang ingin berbahagia di akhirat hendaklah ia juga berilmu, dan barangsiapa yang ingin berbahagia pada kedua-duanya iaitu di dunia dan juga di akhirat hendaklah ia juga berilmu"

SANTAPAN MINDA : "BE POSITIVE"

Lawatan Darjah V OGDC

7:49 AM Posted In Edit This
Seramai 56 orang murid darjah v bersama 3 orang guru telah membuat lawatan Ke OGDC
pada 13 November 2010 hari Sabtu.






PERADUAN MEMBACA TAHLIL DAN DOA ARWAH

7:06 AM Posted In Edit This
Peraduan membaca Tahlil dan Doa Arwah
persekolahan agama peringkat akhir negara kali ke 18
pada 4 Zulhijjah 1431H bersamaan 10 November 2010M.
Tetamu Kehormat pada majlis tersebut iaitu Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Haji Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara & Ketua Kampong Lumut 1.
Tempat diadakan Kelab Rekreasi Liang Lumut.

Wakil Sekolah Ugama PAP. AUKAI bagi peserta murid pe
rempuan telah menjuarai tempat pertama setelah bersaing dengan 7 lagi perserta yang lain. Tahniah! diucapkan kepada murid yang telah menjadi wakil sekolah. Sementara wakil sekolah bagi peserta murid lelaki pula telah mendapat tempat ke 3 daripada bersaing 7 lagi peserta lain. Tahniah! juga diucapkan.




PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010M

6:53 AM Edit This

Sabtu : 23 hb Oktober 2010M / Zulkaedah 1431H

Peperiksaan Akhir Tahun 2010M / 1431H bagi Darjah Pra, I, II, dan III bermula hari ini. Peperiksaan ini akan mengambil tempat selama 2 hari bagi darjah Pra dan I, manakala 3 hari bagi Darjah II dan III. Peperiksaan akan berakhir pada 26 hb Oktober 2010 dan akan diikuti bagi Darjah IV dan V bermula 27 hb Oktober 2010M nanti.

PENYAMPAIAN HADIAH PERADUAN TULISAN JAWI SENEGARA

6:24 AM Edit This
Khamis : 21hb Oktober 2010M / Zulkaedah 1431H.

03 pelajar SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam hari ini telah memenangi tempat kedua dan ketiga di dalam peraduan tulisan jawi senegara yang diadakan di Pusat Dakwah Islamiah di Jalan Kebangsaan Berakas. Di dalam peraduan itu ketiga-tiga peserta yang terpilih di setiap kategori adalah dikehendaki menulis tulisan jawi secara spontan bagi menempatkan mereka di tempat pertama, kedua dan ketiga.

Pelajar-pelajar yang yang berjaya tersebut ialah :

Ahmad Arif bin Haji Mat Nor : Tempat Kedua : Kategori D.
Nur Ezah Haziqah bte Abd Rahim : Tempat Ketiga : Kategori E.
Mohd Hazwan bin Hj Jaafar : Tempat Kedua : Kategori F.

TAHNIAH kepada pelajar-pelajar tersebut.

SENARAI NAMA PELAJAR BERJAYA KE SEKOLAH ARAB TAHUN 2011M.

6:51 PM Edit This
Pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH atas kejayaan nama-nama tersenarai di bawah ini di dalam peperiksaan calun ke sekolah arab yang mana keputusannya di umumkan hari ini.

Sesi Pagi :

1. Nabilah Assyahirah bte Norman
2. Ni'matul Fajriyah bte Mohd Jaffar


Sesi Petang :

1. Dk Masyitah bte Pg Zulaini
2. Hana Adibah bte Hj Awang
3. Nur Rahimah bte Haji Abd Rahman
4. Nur Zahidah bte Adi Masul
5. Nurnabilah Syamimi bte Haji Norariffin
6. Ahmad Yazzid bin Haji Ismail
7. Mohd Hamzi Zahidi bin Mohd Noh
8. Muhd Afif Hafizin bin Noorazmi
9. Muhd Al Mustaqim bin Hj Rosli
10. Muhd Azad Zulfahkrin bin Azaman
11. Muhd Azib bin Keffli
12. Muhd Izzat bin Abidin
13. Muhd Zakwan bin Hj Zakaria

Hadith Rasulullah SAW,

“Barangsiapa yang mengambil ilmu itu dengan menuntutnya sebaik mungkin , maka ia telah mengambil satu bahagian yang cukup banyak dan barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, Allah tentu mempermudahkan jalan untuknya menuju surga”.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR : POLIS DIRAJA BRUNEI

8:41 AM Edit This



Selasa : 21 hb September 2010M / Syawal 1431H.

Sesi lawatan yang dirancang pihak sekolah hari ini diteruskan dengan lawatan bagi pelajar sesi pagi iaitu bagi pelajar Darjah VI Alif bersama guru mereka Cikgu Johani binti Hj Abd Hamid. Lawatan ini mengunjungi Galeri Polis Diraja Brunei yang terletak di Gadong.

Di sesi lawatan ini pelajar-pelajar telah melihat galeri yang di pamerkan oleh pihak polis.

UCAPAN GURU BESAR SU PAPAUKAI MULAUT

7:30 PM Edit This
UCAPAN GURU BESAR
CIKGU HJH NOORSIAH HJ MOHD NOOR


Bersempena Dengan Sambutan Ini Saya Guru Besar SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Dan Keluarga Ingin Mengucapkan
"SELAMAT HARI RAYA" Kepada Semua Warga Sekolah Ugama PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Sesi Pagi dan Petang yang terdiri dari Pegawai-Pegawai, Guru-Guru, Kakitangan, Murid-Murid dan Semua Ibubapa, Penjaga dan Sesiapa Sahaja Termasuk Orang Kampung.

Dikesempatan Ini Saya Setulus Hati Ingin Memohon Maaf Zahir Dan Batin Atas Segala Perkara Perkara Yang Menyingung Rasa Dan Hati Sepanjang Melaksanakan Tugas Saya Sebagai Seorang Pemimpin Di Sekolah Ini. Saya Berdoa Semoga Talian Ukhuwah Silatul Rahim Warga Sekolah Yang Padu dan Kekal Bertaut Erat Dengan Iman, Kasih Sayang, Kerjasama dan Bantu Membantu Akan Menjadikan Kita Menjadi Keluarga Yang Kuat Dengan Nilai Tawa Ria Tangis Duka Gembira Bersama Dalam Sebuah Keluarga Bernama Organisasi

Iaitu
SEKOLAH UGAMA PAP AMAL UMI KALTHUM
AL ISLAM MULAUT.


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA KILAT GURU-GURU

11:29 PM Edit This
Khamis : 02 hb September 2010M / 22 Ramadhan 1431H

Majlis penyampaian derma kilat sumbangan guru-guru kepada Cikgu Rokiah binti Haji Saidin telah diadakan hari ini atas kembalinya ayahanda beliau ke hadrat Allah SWT.

Majlis ini telah disempurnakan oleh guru besar sekolah Cikgu Hjh Noorsiah binti Haji Mohd Noor.

KHATAM QURAN GURU-GURU SU PAPAUKAI MULAUT SESI PAGI

11:22 PM Edit This

Khamis : 02 hb September 2010M / 22 Ramadhan 1431H

Penutup penggal ketiga persekolahan hari ini diserikan dengan Majlis Khatam Quran guru-guru sempena sempurnanya bacaan 30 juzuk al quran oleh guru-guru sesi pagi disepanjang bulan Ramadhan ini. Majlis dimulakan dengan bacaan Fatihah dan seterusnya bacaan surah-surah oleh guru-guru yang hadir.

Turut hadir dan khatam ialah guru besar sekolah Cikgu Hjh Noorsiah binti Haji Mohd Noor. Bacaan doa khatam telah dibacakan oleh Cikgu Azman bin Hj Osman (guru kanan al Quran). Majlis diakhiri dengan bacaan zikir berama-ramai.

MAJLIS KHATAM QURAN GURU-GURU DAN PENYAMPAIAN DERMA ANAK YATIM BAGI SESI PETANG

12:59 AM Edit This




Rabu : 01 hb September 2010M / 21 Ramadhan 1431H.

Majlis Khatam Quran bagi guru-guru SU PAP AUKAI Mulaut (sesi petang) telah diadakan hari ini bagi sama-sama menyemarakan bulan Ramadhan yang mulia ini dan bersempena dengan sambutan Nuzul Quran bagi tahun 1431H. Pengkhataman ini adalah berikutan dengan selesainya bacaan Quran sebanyak 30 juz bacaan guru-guru disepanjang persekolahan bulan Ramadhan ini.

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim sekolah ini bagi sesi petang. Seramai 11 orang pelajar disenaraikan bagi menerima derma tersebut. Majlis penyampaian derma di sampaikan oleh Guru Besar sekolah ini iaitu Cikgu Hjh Noorsiah binti Haji Mohd Noor.

Seterusnya penyampaian sumbangan derma guru-guru dan pelajar-pelajar (sesi petang) atas pemergian ibu guru besar juga disampaikan. Majlis disempurnakan oleh Cikgu Hjh Mariam bin Hj Bungsu, guru kanan pentadbiran sekolah.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Cikgu Mohd Armawi.

MAJLIS KHATAM AL QURAN SEMPENA RAMADHAN, PENYAMPAIAN DERMA ANAK YATIM DAN PENYAMPAIAN SIJIL KEM MOTIVASI SEMPENA NUZUL QURAN 1431H/2010M.

7:15 AM Edit This





Selasa 31 hb Ogos 2010M / Ramadhan 1431H.

Sempena sambutan Nuzul Al Quran 1431H/2010M SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam (sesi pagi) telah mengadakan 3 majlis dalam satu upacara iaitu Majlis Khatam Quran murid-murid sempena bulan Ramadhan, Penyampaian Derma Anak Yatim dan diselajurkan dengan penyampaian sijil bagi murid-murid Darjah VI yang telah mengikuti kem motivasi pada bulan Julai yang lalu.

Majlis ini diadakan bagi pelajar-pelajar yang mana ianya mengambil tempat di Masjid Sultan Syarif Ali Sengkurong. Adapun tetamu pada hari tersebut ialah Guru Besar sekolah ini iaitu Cikgu Hajah Noorsiah binti Haji Mohamad Noor.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Fatihah oleh tetamu khas dan diikuti oleh bacaan kesemua pelajar yang hadir iaitu pelajar Darjah IV, V dan VI. Bacaan doa khatam dibacakan oleh pelajar Darjah VI.

Seterusnya majlis penyampaian derma kepada 8 orang pelajar yang merupakan anak yatim sekolah ini disampaikan oleh tetamu khas majlis. Dengan pemberian sumbangan derma ini diharap akan dapat membantu meringankan bebanan anak yatim bagi perbelanjaan di hari raya akan datang.

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian sijil kem motivasi kepada lebih 100 orang pelajar yang mengikutinya pada bulan yang lalu.

Majlis juga diselajurkan dengan penyerahan derma kilat kepada Guru Besar atas pemergian ibu beliau. Majlis disampaikan oleh Guru Kanan Pentadbiran sekolah Cikgu Hjh Hazizah binti Hj Abd Hamid.

Majlis di akhiri dengan bacaan doa selamat oleh Cikgu Azman bin Hj Othman.

BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA ARWAH

6:54 AM Edit This

Isnin : 30 hb Ogos 2010M / 19 Ramadhan 1431H.

Satu majlis membaca Yassin, Tahlil dan Doa Arwah bagi Allahyarham Hjh Tisah binti Tamam (ibu kepada Guru Besar sekolah ini - Cikgu Hjh Noorsiah binti Hj Mohd Noor) telah diadakan hari ini bagi memohon ke hadrat Allah SWT semoga jenazah Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin!..

Murid-murid yang terlibat adalah kesemua peringkat Darjah IV, V dan VI.
Majlis diadakan di dua tempat iaitu bilik persidangan dan bilik amali sekolah.

AKTIVITI BULAN RAMADHAN 1431H ; TEDARUS AL QURAN

5:36 AM Edit This
TEDARUS AL QURAAN

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak sekolah menerusi bahagian Quran telah mengadakan aktiviti bertadarus sepanjang persekolah bulan Ramadhan ini. Majlis bertadarus ini diadakan sebelum sesi pembelajaran diadakan iaitu mulai jam 8.00 - 8.30 pagi (sesi pagi) dan jam 12.30 - 1.00 petang (sesi petang) di dalam darjah masing-masing.

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi memupuk sikap mencintai al quran dan menjadikan pembacaan al quraan sebagai budaya hidup pelajar-pelajar di samping akan dapat memperbaiki pembacaan al quraan pelajar.

Disamping itu bertadarus al Quraan juga diadakan bagi guru-guru sekolah ini di mana aktiviti ini dilaksanakan selesai sesi pengajaran iaitu selepas jam 2.00 petang

Dijangka majlis Khatam Al Quran bagi murid dan guru-guru akan diadakan sebelum cuti persekolahan nanti.

MAJLIS TAHLIL DOA ARWAH : WARGA GURU SEKOLAH

8:36 AM Edit This
10 hb Ogos 2010M / 29 Syaaban 1431H : Selasa.

Bagi menyambut kehadiran bulan mulia - Ramadhan Mubarak, warga guru-guru SU PAP AUKAI Mulaut telah mengadakan majlis tahlil doa arwah bagi sama-sama berdoa memohon keberkatan bagi semua warga guru-guru yang telah kembali ke hadrat Allah SWT dalam golongan hamba yang beriman.


Majlis ini diketuai oleh Cikgu Massuni bin Hj Jumat dan bacaan doa oleh Cikgu Redzuan bin Hj Besar. Majlis diadakan di bilik gerakan guru-guru sekolah ini.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA KILAT WARGA SEKOLAH

8:25 AM Edit This
10 hb Ogos 2010M / 29 Syaaban 1431H

Majlis Penyampaian Sumbangan Derma Kilat Warga Sekolah Sesi Pagi telah diadakan hari ini kepada keluarga Cikgu Hajah Fatimah binti Hj Mahmud yang mana ibu beliau telah kembali ke Rahmatullah beberapa hari yang lalu yang diadakan di rumah keluarga beliau di Kampung Jerudong.


Penyampaian sumbangan ini telah disampaikan oleh Guru Besar SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut dengan hadiri oleh beberapa orang guru iaitu Cikgu Hjh Azizah binti Hj Abd Hamid, Cikgu Massuni bin Hj Jumat, Cikgu Hjh Fatimah binti Hj Mahmud dan ahli keluarga beliau.

PEPERIKSAAN CALUN SEKOLAH ARAB TAHUN 1431H/2010M

7:31 AM Edit This

SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam adalah merupakan pusat peperiksaan Peperiksaan Calun Ke Sekolah Arab bagi tahun 1431H/2010M bagi SU PAP AUKAI (sesi pagi dan petang), SU Sengkurong, SU Katimahar, SU Mulaut dan SU Jerudong.

Seramai lebih 180 orang pelajar/calun telah mengikuti peperiksaan bertulis tersebut yang diadakan selama dua hari iaitu pada hari Jumaat (06 hb Ogos 2010M) dan hari Ahad ( 08 hb Ogos 2010M) yang lalu.

Mata pelajaran yang diperiksakan dalam peperiksaan ini ialah mata pelajaran Mathmatics, Pengetahuan Ugama Islam dan General Paper (Science). Murid-murid yang berjaya terpilih melalui peperiksaan ini akan memasuki sekolah Arab diseluruh Negara Brunei Darussalam.

TAKLIMAT PEPERIKSAAN CALUN SEKOLAH ARAB

6:05 AM Edit This
Bagi melancarkan perjalanan urusan Peperiksaan Pemilihan Calun Ke Sekolah Arab telah diadakan taklimat kepada calun-calun oleh pihak pentadbiran sekolah bagi sesi pagi dan petang. Taklimat yang diadakan di bilik gerakan guru-guru telah disampaikan oleh Guru Besar sekolah Cikgu Hjh Noorsiah binti Haji Mohd Noor.

Di dalam taklimat ini guru besar telah mengingatkan berkaitan peperiksaan yang akan diadakan pada hari Jumat dan Ahad (07 hb Ogos 2010M dan 09 hb Ogos 2010, esuk hari.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA KILAT WARGA SEKOLAH

3:57 AM Edit This

Isnin : 02 hb Ogos 2010M / 21 Syabaan 1431H.

Majlis penyerahan sumbangan derma kilat warga sekolah untuk pemergian ayah kepada cikgu Norain bin Hj Mohd Daud diadakan hari ini di rumah abang beliau bertempat di Kampung Jangsak Gadong.

Penyampaian derma tersebut telah disempurnakan oleh guru besar sekolah Cikgu Hjh Noorsiah binti Haji Mohd Noor. Warga sekolah mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh. Amin!!.

PEPERIKSAAN LISAN QURAN DAN AMALI BAGI DH VI : PSSSRU DH VI

3:46 AM Edit This

Hari Isnin - 02 hb Ogos 2010M / 21 Syaaban 1431H.

Peperiksaan lisan al Quran dan Latihan Amali bagi pelajar-pelajar Darjah VI bagi Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah VI tahun 2010M / 1431H telah diadakan bermula hari ini bagi pelajar-pelajar Darjah VI sesi pagi dan petang. Peperiksaan ini akan berlangsung selama 17 hari bagi pelajar sesi pagi dan 13 hari bagi sesi petang.

Mata pelajaran al Quran adalah mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan PSSSRU Dh VI dan akan memberikan impak penentuan agregat yang akan diperolehi pelajar dalam peperiksaan ini. Ianya meliputi bacaan, hukum tajuid, bacaan hafalan surah dan lagu. Semoga pelajar-pelajar akan berjaya dengan jayanya.

TEMPAT KETIGA : PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN LANDSKAP SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN SULTAN

5:59 AM Edit This
Sabtu : 31 hb Julai 2010M / 19 Syabaan 1431H.

Sekolah Ugama PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut telah mendapat tempat
KETIGA di dalam Pertandingan Kebersihan dan Landskap Sempena Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam ke 64 tahun bagi tahun 2010M/1431H bagi kategori Persekitaran Sekolah Rendah dan Ugama Di Darat.

Cikgu Hajah Noorsiah binti Haji Mohamad Noor, guru besar sekolah ini telah hadir bagi penerimaan hadiah dan sijil yang diadakan petang tadi di bangunan Kementerian Pembangunan . Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan.

SAMBUTAN ISYRA' DAN MIRAJ : MEMBERSIHKAN KUBUR DAN TAHLIL DOA ARWAH

5:47 AM Edit This

Sabtu : 31 hb Julai 2010M / 19 Syabaan 1431H

Sempena sambutan Isyra dan Miraj dan berkebetulan bulan mulia bulan Syabaan, hari ini seramai 42 orang pelajar Darjah V Alif dan Darjah V Ba di temani dua orang guru sekolah ini telah mengadakan pembersihan kubur Kampong Mulaut dan seterusnya mengadakan tahlil dan doa arwah bagi mengambil keberkatan bulan Syaaban dan bulan Ramadhan yang tidak lama lagi akan tiba.

Pembersihan kawasan kubur Kampung Mulaut ini diketuai oleh Cikgu Massuni bin Haji Jumat dan Cikgu Redzuan bin Haji Besar dengan objektif menanamkan peringatan kepada pelajar bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara manakala pada suatu saat kita akan berhijrah kesuatu tempat yang akan menghitung iman kita. Di samping itu perkara ini akan membentuk sikap pemedulian pelajar-pelajar kepada hidup bermasyarakat untuk saling gotong royong dalam penghidupan mereka.

Majlis pembersihan ini diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa arwah.

SEMBAHYANG HAJAT DAN MEMBACA YASSIN MENGHADAPI PEPERIKSAAN LISAN PSSRU DH VI

5:40 AM Edit This

Sabtu : 31 hb Julai 2010M / Syabaan 1431H

Pelajar-pelajar Darjah VI (sesi pagi dan petang) hari ini telah mengadakan sembahyang hajat dan membaca Yassin bagi memohon kehadrat Allah SWT untuk mempermudahkan segala perkara berkaitan dengan menghadapi peperiksaan lisan al Quran dan latihan amali yang akan bermula pada hari Isnin - 02 hb Ogos 2010M akan menjelang.

Pada tahun ini 2010M seramai 164 orang pelajar sesi pagi dan seramai 149 pelajar sesi petang akan menghadapi peperiksaan pada bulan November 2010M nanti. Pihak sekolah sentiasa mendoakan kejayaan setiap pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah ini.

TAHNIAH : GURU MELANJUTKAN PELAJARAN

7:16 AM Edit This

Warga sekolah ingin mengucapkan Tahniah atas berjayanya tiga tenaga pengajar sekolah ini melanjutkan pelajaran mereka ke Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).
Dengan doa semoga akan mendapat kejayaan cemerlang dalam pendidikan ilmu ini. Semoga berjaya !!!
  1. Cikgu Ak Haji Shahminan bin Pg Besar.
  2. Cikgu Nur Diyanah Safwah binti Hj Mohd Anawi.
  3. Cikgu Hjh Ani Maslina binti Hj Mohd Zaid.
“Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi supaya ia tidak dapat dimusnahkan oleh orang lain kerana cita-cita itu adalah sumber kekuatan perjuangan yang tidak terhingga dari segi zahir dan batinnya”
– Imam Abu Hanifah

PERSEMBAHAN PERAYAAN SULTAN

4:12 AM Edit This
Sabtu 24 hb Julai 2010M / 12 Syaaban 1431H

Sekolah Ugama PAP Amal Umi Kalthum Al Islam telah ikut serta di dalam persembahan bercorak keugamaan malam perayaan Hari Keputeraan Sultan yang ke 64 tahun. Majlis ini diadakan pada malam Ahad bertempat di Padang Persembahan Malam Perayaan di ibukota Bandar Seri Begawan.

Seramai 18 orang pelajar SU PAPAUKAI Mulaut telah membuat persembahan Tausyeh dengan lagu Allahu Allahu Allah. Persembahan pada malam itu juga telah disertai oleh sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei III dan Brunei II.

PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA KILAT

3:13 AM Edit This
Sabtu : 24 hb Julai 2010M / 12 Syabaan 1431H.

Penyampaian sumbangan sedekah kepada keluarga Cikgu Redzuan Awg Besar atas pemergian ayah beliau telah diadakan hari ini. Majlis yang mengambil tempat di rumah beliau iaitu di Kampong Tanjung Nangka Mukim Sengkurong di sempurnakan oleh guru besar SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut dan diserahkan kepada ibu beliau.

Majlis ini disaksikan oleh Penolong Guru Besar, Guru Kanak Akademik, Amali guru-guru lelaki sekolah.

KEGIATAN KEMASYARAKATAN.

2:53 AM Edit This

Sabtu : 24 Julai 2010M / 12 Syaaban 1431H.

Sekumpulan pelajar lelaki seramai lebih 20 orang telah menghadiri majlis penyempurnaan jenazah bagi ahli keluarga Cikgu Norain binti Haji Md Daud yang telah kembali ke Rahmatullah di Kampong Jangsak Kilanas bersama 3 orang guru lelaki dan 02 tenaga guru perempuan.

Di majlis itu para pelajar dapat menyumbangkan bacaan Yassin dan doa arwah serta sembahyang jenazah. Dengan penglibatan pelajar-pelajar ini dapat memimbing pelajar akan suasana sebenar penyempurnaan jenazah dan dapat memupuk sikap pemedulian dalam hidup bermasyarakat.

PERSEMBAHAN HARI KEPUTERAAN : ISTANA NURUL IMAN

8:39 AM Edit This
Rabu : 21 hb Julai 2010H / 09 Syaaban 1431

Persembahan Hari Keputeraan Sultan ke 64 tahun di Istana Nurul Iman hari ini diserikan dengan persembahan guru-guru ugama kawasan Brunei III iaitu
bagi Kumpulan A (lelaki dan perempuan)
.

Kumpulan pesembahan perempuan Brunei III diketuai oleh Guru Besar SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut Cikgu Hjh Noorsiah binti Haji Mohamad Noor.

Persembahan yang bercorak keugamaan itu meliputi bacaan Fatihah, Zikir, Tausyeh, Rawi dan Marhaban.

MAJLIS MEMBACA YASSIN DAN TAHLIL DOA ARWAH

7:36 AM Edit This
Isnin : 19 hb Julai 2010M / 07 Syabaan 1431H.

Majlis membaca Yassin dan tahlil doa arwah diadakan hari ini bagi Allahyarham Besar bin Haji Tudin yang merupakan bapa salah seorang tenaga pengajar sekolah ini bagi memohon ke hadrat Allah S.W.T semoga beliau ditempat bersama-sama orang-orang yang beriman.

Amin.

KEM MOTIVASI : MERENTAS SEMANGAT JITU

4:11 AM Edit This





Ahad : 18 hb Julai 2010M / 5 Syabaan 1431H.

Pelajar-pelajar Darjah VI (sesi pagi) SU PAPAUKAI Mulaut yang akan menduduki peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Dh VI pada tahun ini iaitu seramai 130 pelajar telah mengikuti Program Kem Motivasi - Merentas Semangat Jitu - di Taman Rekereasi Hutan Simpan Berakas. Kem Motivasi ini adalah merupakan salah satu program yang di rancang oleh pihak sekolah dalam program untuk mempertingkatkan akademik pelajar.

Objektif program ini adalah untuk :
1. Memotivasikan diri pelajar untuk berjaya dalam pelajar.
2. Menggerakan murid-murid ke arah membuat persediaan diri secara mental dan spriticual menghadapi perjuangan belajar dan peperiksaan.
3. Membina keyakinan murid dalam usaha mencapai sesuatu kejayaan.
4. Mengenal potensi diri melalui aktiviti yang disertai.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam kem motivasi ini yang menjurus kepada pengukuhan semangat dan membentuk sikap positif pelajar sama ada pada mental, fizikal, sprictual dan emosi mereka kearah kecemerlangan peperiksaan. Disamping itu juga diadakan program menangani masalah seperti masalah stress, membina ketenangan dan menjauhi kemurungan.

Fasilitator program ini adalah Cikgu Emran bin Hj Abd Rani - caunselor Jabatan Pengajian Islam KHEU dan dibantu oleh guru-guru sekolah ini.

Di dalam ucapannya guru besar sekolah Cikgu Hjh Noorsiah HM Noor menyatakan pentingkan pelajar-pelajar itu mempunyai persiapan dan kekuatan bukan sahaja fizikal dan mental tetapi juga kekuatan emosi dan spritcual dalam menghadapi peperiksaan. Kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah diraih tanpa usaha dan doa cemerlang.

Diucapkan terima kasih pada guru-guru yang terlibat.

MAJLIS MENANDATANGANI REKOD KEMAJUAN MURID

4:48 AM Edit This



Rabu : 14 hb Julai 2010M / 02 Syaaban 1431H.

Majlis menandatangani rekod kemajuan pelajar-pelajar SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut Kawasan Brunei III diadakan hari ini bagi pelajar-pelajar sesi pagi dan sesi petang. Majlis diadakan di Bilik Persidangan dan Bilik Amali bagi ibubapa sesi pagi dan di bilik-bilik Darjah bagi ibubapa pelajar sesi petang.

Dengan adanya perjumpaan kedua-dua pihak di antara ibubapa dan guru-guru ini dapatlah kedua belah pihak berbincang dan bertukar pendapat dalam memajukan akademik pelajar.

Sekolah Ugama PAPAUKAI Mulaut's Fan Box