PROFILE SEKOLAH UGAMA PAP AMAL UMMI KALTHUM AL ISLAM MULAUT

MUNFAAT ILMU PADA MANUSIA

Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa ingin berbahagia di dunia hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang ingin berbahagia di akhirat hendaklah ia juga berilmu, dan barangsiapa yang ingin berbahagia pada kedua-duanya iaitu di dunia dan juga di akhirat hendaklah ia juga berilmu"

SANTAPAN MINDA : "BE POSITIVE"

MOTIVASI UNTUK PELAJAR

8:05 PM Edit This

SAMBUTAN MAULUDUL RASUL

7:07 AM Edit This

Sabtu : 27 hb Februari 2010M / 13 Rabiulawal 1431H

Sambutan Mauludul Rasul 12 Rabiulawal telah diadakan dengan perarakan peringkat negara mengelilingi Bandar Seri Begawan yang berpusat di Taman Omar Ali Saifuddin di ibu negara. Seramai 150 orang pelajar lelaki SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam telah mengikuti perarakkan tersebut dengan diketuai oleh Cikgu Fauzi bin Hj Zaini dan guru-guru lelaki sekolah ini.

Perarakkan ini adalah satu gambaran perpaduan umat Islam di dalam semangat mencintai Rasulullah SAW dan sebagai pembentukan jiwa umat Islam tentang pengorbanan dan perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan ugama Islam kepada manusia. Perarakan ini dikepalai oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.

JEMPUTAN ZIKIR DI MASJID SULTAN SYARIFF ALI KAMPONG SENGKURONG

8:34 PM Edit This

25hb Februari 2010M : 12 Rabiulawal 1431H / Hari Khamis malam Jumaat.

Sempena sambutan Maulud Rasul, pihak SU PAPAUKAI Mulaut telah menerima undangan daripada Takbir Masjid Sultan Syariff Ali Kampong Sengkurong untuk memeriahkan lagi malam-malam Rabiulawal dengan laungan zikir. Ketua rombongan sekolah ini diketuai oleh Cikgu Fauzi bin Haji Zaini bersama guru-guru lelaki dan murid-murid lelaki Darjah VI sesi petang. Ianya bermula selepas sembahyang Maghrib dan sembahyang Isya'.

Semoga jalinan erat pihak masjid dan pihak sekolah akan membuahkan kesepakatan dan jalinan silatulrahim di antara dua belah pihak.

LAWATAN KE PESTA BUKU SEMPENA HARI KEBANGSAAN

7:21 PM Edit This




Hari Khamis : 25 hb Februari 2010M / 11 Rabiulawal 1431H


Seramai 276 orang pelajar-pelajar Darjah IV, V dan VI SU PAP Amal Ummi Kalthum Al Islam Sesi Petang telah mengadakan lawatan ke pameran buku sempena Hari Kebangsaan Kali Ke 26 yang diadakan di Stadium Tertutup Berakas Negara Brunei Darussalam. Rombongan ini berangkat menggunakan 7 buah bas bertolak jam 2 petang dan kembali jam 4 ptg.
Lawatan ini adalah satu langkah untuk memupuk pelajar-pelajar membudayakan budaya suka membaca dan menimba ilmu pengetahuan kerana salah satu cara terhebat untuk mecari ilmu adalah dengan menjadikan buku sebagai teman karib sehingga menjadikan "bukuku kakiku" iaitu bertemankan buku di mana jua.

PENUTUP ZIKIR MAULUD

7:13 PM Edit This


Hari Khamis : 25 hb Februari 2010M / 11 Rabiulawal 1431H.


SU PAP Amal Ummi Kalthum Al Islam Sesi Pagi telah mengadakan majlis penutup zikir sempena sambutan Mauludul Rasul 1431H. Majlis itu diadakan di perkarangan sekolah dan bilik amali sekolah dengan melibatkan kesemua murid Darjah IV, V dan VI. Majlis ini dihasratkan akan menjadi wadah di dalam membina kecintaan kepada Rasulullah SAW dan memupuk rasa persaudaraan Islam dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan rolemodel umat Islam dalam apa-apa jua perkara.

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN SEKOLAH

7:41 AM Edit This


Hari Rabu - 24 hb Feb 2010M/ 10 Rabiulawal 1431H
(Lapuran Sesi Petang)

Majlis Hari Kebangsaan Negara telah disambut dengan pelbagai acara yang berfokus kepada semangat patriotik dan mencintai negara. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan negara, laugan lagu-lagu patriotik, ucapan guru besar dan acara kuiz bagi pelajar darjah IV, V dan VI.
Adapun bagi murid-murid darjah Pra, I, II dan III pula diadakan peraduan mewarna logo-logo hari kebangsaan negara.

Disamping itu juga majlis diselajurkan dengan penyampaian hadiah murid-murid cemerlang bagi peperiksaan akhir tahun 2009M yang lalu.

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN SEKOLAH

7:23 AM Edit This

Intipati Ucapan Guru Besar Sempena Hari Kebangsaan
SU PAPAUKAI Mulaut.

Beliau menyentuh berkenaan betapa kita perlu bersyukur ke hadrat Allah SWT atas merdekanya Brunei Darussalam tanpa titisan darah. Beliau juga menyentuh berkenaan maksud kemerdekaan itu bukan sahaja bebas daripada jajahan dan kuasa pemerintahan dan fizikal sahaja tetapi maksud kemerdekaan itu juga meliputi tidak dijajah jiwa dan minda rakyat sekalian sama ada dari sudut pemikiran dan budaya-budaya mengikut budaya asing.

Untuk mengekalkan kemerdekaan maka pelajar-pelajar perlu bersedia menangkis para penjajah di era sekarang yang lebih berorintasikan kepada penjejahan jiwa dan minda. CARA nya ? Dengan mempersiapkan diri dengan ILMU. Pelajar eset negara.. yang akan menganti pada masa akan datang. Hanya dengan ilmu sahaja jenerasi muda mampu mempertahan kemerdekaan negara tercinta kita ini ..... NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ....

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN SEKOLAH

7:10 AM Edit This


RABU ; 24 HB FEBRUARI 2010M / 10 RABIULAWAL 1431H
(Lapuran Sesi Pagi)


Laungan lagu kebangsaan "Allah Peliharakan Sultan" dan lagu-lagu patriotik telah bergema di Sekolah Ugama PAP Amal Ummi Kalthum Mulaut pagi dan petang tadi . Ianya adalah merupakan acara bersemangat yang menjurus kepada semangat mencintai negara. Bendera-bendera kecil juga telah dikebarkan oleh pelajar-pelajar sekolah ini di sepanjang majlis diadakan.


Adapun atucara majlis diserikan dengan peraduan kuiz yang berkaitan dengan hari kebangsaan di bumi tercinta in. Disamping itu guru besar juga telah memberikan ucapan dan berkesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang kuiz. Meskipun cuaca hujan tetapi acara telah diteruskan dengan semangat waja.

BRUNEI MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA....

PENGHAKIMAN "KELASKU CERIA ILMU"

8:22 AM Edit This

Bagi mencetuskan suasana pembelajaran yang kreatif dan inovatif, pihak sekolah telah mengadakan peraduan "KELASKU CERIA ILMU" bagi setiap penggal persekolah. Selain kreateria kebersihan, sudut yang dihakimkan juga meliputi kecerian, kekemasan, papan kenyataan, susunan dan pameran.

Sehubungan itu, penghakiman peringkat pertama bagi penggal pertama 2010 telah diadakan pada hari Isnin 22 hb Februari 2010M jam 11.00 pagi. Para hakim adalah Guru Besar, Penolong Guru Besar dan dua guru kanan Al Quran.


Peraduan ini dihasratkan untuk penghargaan guru-guru yang telah berusaha memperindahkan suasana kelas yang harmorni dan ceria.

Tahniah atas insiatif guru-guru.

KONGSISAMA NAZIR LAWATAN

8:15 AM Edit This
Hari Isnin : 22 hb Februari 2010M / 08 Rabiulawal 1431H

Melalui lawatan nazir lawatan sekolah telah diadakan sesi kongsisama nazir sekolah iaitu Ustazah Hajah Safiah binti Haji bersama 05 orang tenaga pengajar yang telah dicerap oleh beliau. Ini bertujuan untuk memberikan teguran serta penambahbaikan bagi mempertingkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru-guru di sekolah ini.

HARI KEBANGSAAN BRUNEI DARUSSALAM

10:55 PM Edit This



Isnin - 22 hb Februari 2010M bersamaan 08 Rabiulawal 1431H.

Bagi menyamarakan lagi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei tahun ini dengan bertemakan Negaraku Brunei Darussalam, sekolah ini selain mengebarkan bendera, juga telah mengambil inisiatif membentangkan kain rentang hari kebangsaan negara di sekolah ini. Ini bertujuan dan menyatakan hasrat betapa bersyukurnya kita sebagai hamba Allah dianugerahkan kemerdekaan yang sangat memberi makna kepada pendidikan ugama di Negara Brunei Darussalam.

"TERIMA KASIH CIKGU"

5:30 AM Edit This


06 Rabiulawal 1431H / 20 hb Februari : Sabtu

Cikgu Hj Mohd Daud bin Hj Butir salah seorang tenaga sekolah ini telah diarahkan bertukar ke Sekolah Rendah OKSB Kilanas. Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan selama berkhidmat di sekolah ini. Pihak sekolah merasa sangat kehilangan kerana paduan kerjasama yang erat dan baik memberikan kesan dihati disetiap warga sekolah. Semoga perjuangan yang sama akan berterusan diarena perguruan ini.

"SELAMAT BERHIJRAH"

MURATAL QURAN

5:05 AM Edit This


04 Rabiulawal 1431H / 18 Februari 2010M.
Bagi mempertingkatkan mutu pembacaan al Quran guru-guru sekolah ini, bahagian al Quran SU PAPAUKAI MULAUT ini telah mengadakan Muratal Quran di setiap hari Khamis bagi guru-guru sesi pagi iaitu jam 2.30 hingga 4.00 petang manakala setiap hari Sabtu bagi guru-guru petang iaitu jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi. Sesi Muratal Quran ini dikendalikan oleh guru-guru skim al quran sekolah di mana setiap guru-guru akan memperdengarkan bacaan masing-masing dengan ditasmiq oleh guru-guru. Di samping itu juga diadakan sesi belajar lagu dan tajuid al quran
. Sesi Muratal ini akan diadakan disepanjang tahun

MOTIVASI PELAJAR

4:49 AM Edit This

Pelajar-pelajar darjah VI yang akan menduduki Peperiksan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah VI telah menerima khidmat motivasi daripada Cikgu Emran bin Haji Abd Rani yang memfokus berkaitan dengan tips mrnjawab soalan. Ini bertujuan untuk mempertingkatkan mutu dan kualiti pembelajaran pelajar akan berjalan dengan jayanya. Ceramah motivasi ini di adakan secara bergilir-gilir iaitu :
17hb , 18 hb, 20hb, 22hb, 24 Februari dan 01 hb March 2010M bagi sesi pagi dan 25hb, 26hb, 28hb Jan dan 9hb, 11 hb, 13hb dan 16 hb Februari bagi sesi petang.

Berikut disisipkan gambar ceramah motivasi yang telah diadakan pada 20 hb Februari 2010 bagi darjah VI Ta.


KEMPEN KECERIAAN: TAMAN KENANGAN

3:51 AM Edit This



Hari Sab
tu - 20 hb Februari 2010M
Sesi Petang : SU PAPAUKAI Mulaut telah mengadakan kempen kecantikan atau keceriaan taman kenangan sekolah dengan mencantikan taman bunga, kebun dan taman buah-buahan sekitar kawasan sekolah.

Kempen ini berfokuskan kepada memper'indah'kan bunga-bungaan dengan hasrat supaya pelajar dapat menikmati keindahan alam dan keterlibatan mereka dalam kempen ini akan memupuk semangat mencintai sekolah dan menghargai apa yang telah diusahakan oleh pihak sekolah. Kempen ini juga dapat memupuk semangat dan sikap kerjasama dan tolong-menolong sesama pelajar, sikap bantu membantu, memupuk silatulrahim dan dapat menghargai ciptaan Allah SWT.

ZIKIR SEMPENA MAULUDUN NABI MUHAMMAD SAW.

7:17 PM Edit This

04 Rabiulawal 1431H /18 hb Februari 2010M : Khamis
Sempena sambutan Mauludun Nabi Muhammad SAW warga sekolah telah mengadakan majlis berzikir disepanjang sambuatan ini bermula 01 Rabiulawal 1431H yang lalu hingga 12 Rabiulawal yang akan datang. Majlis ini diadakan mengikut giliran-giliran yang telah dijadualkan oleh bahagian amali agama sekolah. Majlis ini dihasratkan akan dapat memupuk kecintaan kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW.


KEMPEN KEBERSIHAN H1N1

7:10 PM Edit This


Kempen kebersihan H1N1 telah diadakan oleh pihak sekolah pada hari ini Sabtu : 20 hb Februari 2010M pada jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi bagi pelajar-pelajar Darjah IV, V dan VI. Tujuan kempen ini adalah sebagai langkah menghindari penyakit H1N1 dan penyakit lain dari berleluasa. Semua guru dan pelajar ditugaskan melakukan pembersihan mengikut zon masing-masing. Sekolah ini akan mengekekalan apa-apa jua projek yang menjurus bagi menyahut Program 3K (KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KECERIAN) yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pengajian Islam.

UCAPAN : SELAMAT PENGANTIAN BARU

4:40 PM Edit This



Warga Sekolah Ugama PAP Amal Ummi Kalthum Al Islam ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada salah seorang guru sekolah ini iaitu Cikgu Redzuan bin Hj Besar yang telah melangsungkan perkahwinan beliau pada 14 hb Februari 2010 yang lalu. Dengan iringan doa semoga berkekalan di dunia dan akhirat.


SEMBAHYANG HAJAT DIJAUHI PENYAKIT INFLUENCE H1N1

6:13 AM Posted In Edit This















16 hb Februari 2010 - Selasa.

Pihak sekolah telah mengadakan sembahyang hajat dan doa menghindari merebaknya penyakit Influence H1N1. Ini adalah salah satu langkah bagi kebaikan semua rakyaat terutama warga sekolah. Semoga dengan berkat doa permohonan perlindungan Allah SWT kita semua akan dijauhi penyakit ini. Majlis sembahyang ini diimamkan oleh Cikgu Massuni bin Hj Jumat. Ianya akan diteruskan disepanjang bulan Februari dan bulan March ini

STAFF DEVELOPMENT

6:51 AM Posted In Edit This
Selasa : 09 hb Februari 2010M / 24 Safar 1431H.

Komiti Staff Development sekolah telah membuka tirai 2010 ini dengan mengadakan bengkel penggunaan blogspot kepada tenaga pengajar sekolah ini bagi mendedahkan kepada guru-guru tentang ICT maklumat dan peranannya di dalam menjana penyebaran maklumat ke serata dunia. Bengkel ini telah disampaikan oleh guru ICT sekolah iaitu Cikgu Massuni bin Hj Jumaat. Seramai 30 orang guru sesi pagi dan sesi petang telah menghadiri bengkel yang diadakan ini.



SAMBUTAN AWAL TAHUN 1431H DAN PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG

6:45 AM Posted In Edit This







Majlis Sambutan Awal Tahun Hijriah 1431 dan penyampaian hadiah kepada murid-murid terbaik bagi peperiksaan akhir tahun 2009M telah diadakan 28 hb Januari 2010 di Masjid Sultan Syarif Ali Kampong Sengkurong. Tetamu kehormat pada majlis itu ialah Yang Mulia Pegawai Pengajian Islam Brunei III, Dk Hjh Mas Relawati binti Pg Hj Mohd Said, di mana beliau telah memberikan ucapan dengan pesanan nasihat kepada pelajar untuk bergiat bersungguh-sungguh di dalam pembelajaran mereka demi menjana kecemerlangan dunia dan akhirat.

Majlis itu juga diisikan dengan ceramah Maal Hijrah yang disampaikan oleh Hj Suhaimi bin Hj Mohd Noor, Pegawai Jabatan Masjid-Masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama. Juga diserikan dengan nasyid daripada murid-murid Pra sekolah ini. Di antara jemputan adalah pegawai-pegawai Jabatan Pengajian Islam, Ketua Kampong Mulaut (yang juga penyokong kuat sekolah), Ahli Wanita Mukim Sengkurong dan Ahli Masjid Sengkurong.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Sekolah Ugama PAPAUKAI Mulaut's Fan Box