PROFILE SEKOLAH UGAMA PAP AMAL UMMI KALTHUM AL ISLAM MULAUT

MUNFAAT ILMU PADA MANUSIA

Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa ingin berbahagia di dunia hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang ingin berbahagia di akhirat hendaklah ia juga berilmu, dan barangsiapa yang ingin berbahagia pada kedua-duanya iaitu di dunia dan juga di akhirat hendaklah ia juga berilmu"

SANTAPAN MINDA : "BE POSITIVE"

SAMBUTAN AWAL TAHUN 1431H DAN PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG

6:45 AM Posted In Edit This







Majlis Sambutan Awal Tahun Hijriah 1431 dan penyampaian hadiah kepada murid-murid terbaik bagi peperiksaan akhir tahun 2009M telah diadakan 28 hb Januari 2010 di Masjid Sultan Syarif Ali Kampong Sengkurong. Tetamu kehormat pada majlis itu ialah Yang Mulia Pegawai Pengajian Islam Brunei III, Dk Hjh Mas Relawati binti Pg Hj Mohd Said, di mana beliau telah memberikan ucapan dengan pesanan nasihat kepada pelajar untuk bergiat bersungguh-sungguh di dalam pembelajaran mereka demi menjana kecemerlangan dunia dan akhirat.

Majlis itu juga diisikan dengan ceramah Maal Hijrah yang disampaikan oleh Hj Suhaimi bin Hj Mohd Noor, Pegawai Jabatan Masjid-Masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama. Juga diserikan dengan nasyid daripada murid-murid Pra sekolah ini. Di antara jemputan adalah pegawai-pegawai Jabatan Pengajian Islam, Ketua Kampong Mulaut (yang juga penyokong kuat sekolah), Ahli Wanita Mukim Sengkurong dan Ahli Masjid Sengkurong.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Sekolah Ugama PAPAUKAI Mulaut's Fan Box