PROFILE SEKOLAH UGAMA PAP AMAL UMMI KALTHUM AL ISLAM MULAUT

MUNFAAT ILMU PADA MANUSIA

Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa ingin berbahagia di dunia hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang ingin berbahagia di akhirat hendaklah ia juga berilmu, dan barangsiapa yang ingin berbahagia pada kedua-duanya iaitu di dunia dan juga di akhirat hendaklah ia juga berilmu"

SANTAPAN MINDA : "BE POSITIVE"

LAWATAN SAMBIL BELAJAR : MURID DH II (SESI PETANG)

4:34 AM Edit This

Rabu : 28 hb April 2010M / 13 Jamadilawal 1431H

Lawatan terancang bagi pelajar-pelajar sesi petang telah terlaksana keseluruhannya apabila jadual lawatan terakhir bagi penggal I dan II telah dilaksanakan hari ini bagi pelajar-pelajar Darjah II. Lawatan ini adalah meninjau ke Muzium Teknologi Brunei Kota Batu. Lawatan ini dihasratkan dapat memberikan pendedahan kepada pelajar tentang penghidupan masyarakat Brunei yang berkonsepkan
"MIB" -
Melayu Islam Beraja

SEMBAHYANG HAJAT & MEMBACA YASSIN PERMINTAAN MASYARAKAT KAMPUNG

8:31 PM Edit This
Rabu : 28 hb April 2010M / 13 Jamadilawal 1431H

Bagi sama-sama merasakan dan memberikan khidmat kepada masyarakat di sekitar sekolah dan kampung, hari ini pelajar-pelajar Darjah VI lelaki (sesi pagi) telah mengadakan sembahyang Hajat dan Membaca Yassin bagi menyempurnakan hajat masyarakat sekeliling yang memohonnya.

Majlis diadakan di bilik amali sekolah yang mana sembahyang hajat dan membaca Yassin ini di ketuai oleh Cikgu Massuni bin Hj Jumaat dan Cikgu Ak Hj Shahminan bin Pg Hj Besar.
Semoga hajat yang dipohonkan itu dimakbulkan oleh Allah SWT.
Amin.. Ya Allah...

BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING

JOHAN PERADUAN MEMBACA QURAN SENEGARA

7:58 AM Edit This

Rabu : 27 hb April 2010M / 12 Jamadilawal 1431H.

Peserta sekolah ini kepertandingan akhir peraduan membaca Quran peringkat negara yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas Dayangku Nur Aqilah binti Pg Haji Ayub telah berjaya menjadi JOHAN dalam Kategori B Perempuan dengan mendapat markah 88.7%.

Dk Nur Aqilah Pg Hj Ayub adalah merupakan pelajar Darjah V Alif sekolah ini di mana beliau mempunyai pendedehan bacaan al Quran ini dengan berguru secara tetap dengan kelas yang dikendalikan oleh Pengiran Hjh Salbiah binti Pg Hj Md Salleh selain daripada pembelajaran al Quran yang diterimanya di sekolah ugama.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada beliau.

SPOTCHECK - DARJAH IV , V DAN VI

6:19 AM Edit This
Isnin : 26 hb April 2010M / 11 Jamadilawal 1431H

Bagi mengekalkan disiplin murid dalam keadaan yang terkawal, hari ini diadakan spotcheck bagi murid-murid Darjah IV, V dan VI. Spotcheck mengejut ini di hasratkan dapat mengenalpasti pelajar-pelajar yang melanggar peraturan sekolah seperti berambut panjang, merokok, berpakaian tidak sempurna dan sebagainya. Perkara ini dilaksanakan jam 2.30 di bilik darjah masing-masing.

KELAS TAMBAHAN : PEPERIKSAAN CALUN KE SEKOLAH ARAB (SESI PETANG)

5:00 AM Edit This

Isnin : 26 hb April 2010M / 11 Jamadilawal 1431H

Bermula 19 hb April 2010M (Isnin) yang lalu sekolah ini telah mengadakan kelas tambahan bagi calun -calun yang akan menduduki peperiksaan calun ke sekolah arab pada bulan Julai dan Ogos nanti. Kelas tambahan ini diadakan pada jam 5.00 petang hingga 5.40 petang pada setiap hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu yang dihasratkan dapat memantapkan keupaya'an murid menghadapi peperiksaan itu nanti.

Keramaian pelajar yang akan menduduki peperiksaan ini adalah seramai 36 orang. Kelas tambahan ini dibahagikan kepada 2 kelas dan diajarkan oleh guru-guru darjah 2 dan darjah 3.

Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam kelas tambahan ini.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID PRA (SESI PETANG)

4:12 AM Edit This



Sabtu : 24 April 2010M / 09 Jamadilawal 1431H

Program lawatan sambil belajar (terancang) hari ini disambung dengan lawatan bagi murid-murid darjah Pra ke Muzium Teknologi Jalan Kota Batu. Lawatan ini disertai oleh guru-guru Darjah Pra iaitu Cikgu Hjh Noreta binti Hj Zain , Cikgu Mashainun binti Hj Ibrahim dan Cikgu Nur Adina binti Azamain.

Dengan adanya lawatan ini dapatlah membina pengalaman pelajar untuk menghayati sejarah Negara Brunei Darusalam.

KEMPEN KEBERSIHAN (SESI PAGI)

4:01 AM Edit This


Sabtu : 24 hb April 2010M / 09 Jamadilawal 1431H

Kempen kebersihan adalah merupakan satu aktiviti terancang yang diatur bagi memastikan sekolah dalam suasana yang bersih dan sihat di sepanjang tahun dan merupakan satu program di bawah Program 3 K sekolah. Kempen ini diadakan secara berperingkat-peringkat mengikut darjah-darjah yang diaturkan.

Kempen yang diadakan ini melibatkan pelajar-pelajar yang menuntut dalam Darjah V Alif, V Ba, V Ta dan V Tha. Ia diadakan mulai jam 7.30 pagi hingga jam 10.00 pagi. Kawasan-kawasan pembersihan ini berfokus kepada zon-zon taman bunga, bilik sembahyang, longkang, kolam dan taman buah-buahan.

Terimakasih kepada pelajar-pelajar yang sama-sama membantu dalam kempen ini.

PERHIMPUNAN MOTIVASI DAN NASIHAT

3:45 AM Edit This


Khamis : 22 hb April 2010M / 07 Jamadilawal 1431H

Sekolah Ugama PAP Amal Ummi Kalthum Al Islam sesi petang mengadakan perhimpunan hari ini bagi sesi motivasi dan nasihat yang disampaikan oleh guru besar Cikgu Hjh Noorsiah binti Haji Mohamad Noor. Perhimpunan ini yang diadakan sebulan sekali ini adalah sebagai laluan untuk memberikan nasihat dan motivasi kepada pelajar terutama yang berkaitan dengan disiplin sekolah dan pembelajaran pelajar-pelajar.

Perkara-perkara yang disentuh guru besar di dalam ucapan beliau ialah :
  1. Peperiksaan lisan dan bertulis yg akan diadakan pada bulan Mei dan keperluan persediaan mental dan fizikal pelajar menghadapinya.
  2. Hukum mewarna rambut serta akibat daripadanya.
  3. Kepentingan mematuhi disiplin sekolah : Sebab dan akibat melangarnya seperti merokok dan bergaduh.
  4. Kepentingan menjaga kehadiran sekolah .
Di dalam perhimpunan ini juga diselajurkan dengan majlis penyampaian sijil penyertaan kepada peserta-peserta yang mengikuti peraduan kuiz yang dikelolakan oleh Badan Akademik, Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Brunei III yang diadakan di Sekolah Ugama Beribu yang lalu. Penyampaian sijil di sampaikan oleh Guru Kanan Pentadbiran Sekolah Cikgu Hajah Mariam binti Hj Bungsu.

Majlis diakhiri dengan pemeriksaan disiplin iaitu disudut pakaian dan kesempurnaan kekemasan rambut dan fizikal murid.

MINGGU SYAHSIAH PELAJAR

3:54 AM Edit This

Minggu Sahsiah Pelajar SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut bermula 19 hb April 2010M yang lalu di mana pelajar-pelajar akan dipantau berkaitan sikap, sifat dan disiplin mereka. Adapun objektif Minggu Syahsiah pelajar ini adalah :
  • Membentuk sikap dan budaya saling menghormati sesama warga sekolah terutama kepada guru-guru, kawan-kawan dan adik-adik mereka yang kecil yg menjadi warga sekolah.
  • Memastikan mereka sentiasa berpakaian kemas dan berkelakuan dan menjaga disiplin persekolahan ugama.
  • Memantau disiplin menuju sifar masalah disiplin.

MENANDATANGI REKOD UJIAN KALI I

7:37 PM Edit This

Rabu : 21 hb April 2010M / 06 Jamadilawal 1431H.
Bermula 20 hb April 2010M hari Selasa kelmarin, ibubapa dan penjaga murid sekolah ini telah dijemput ke sekolah bagi menandatangani rekod ujian mereka yang telah diadakan pada bulan March 2010M yang lalu. Perkara ini akan berakhir pada 26 hb April 2010M (hari Isnin). Adapun masa bagi perkara ini ialah pada jam 10.00 hingga 10.30 pagi atau sebelum sesi pembelajaran iaitu sebelum jam 7.30 pagi / 2.00 petang .
Perkara menandatangani ini dilakukan di bilik darjah masing-masing
.

Melalui perjumpaan ini pihak ibubapa atau penjaga pelajar dapat memastikan prestasi dan pencapaian akademik pelajar dalam pembelajaran mereka di awal tahun 2010M ini dan seterusnya dapat berbincang dan bertukar pandangan ke arah peningkatan yang lebih baik.

PEMBELAJARAN DI LUAR BILIK DARJAH

8:57 AM Edit This
Selasa : 20 April 2010M / 05 Jamadilawal 1431H.
Sekitar pelajar-pelajar Darjah Pra melalui proses pembelajaran di perkarangan sekolah bagi melihat kejadian ciptaan Allah SWT kepada manusia. Pelajar-pelajar di bawa menerokai alam dengan melihat lebih dekat dan menyebutkan apakah ciptaan Allah SWT yang berada dipersekitaran sekolah.

KELAS TAMBAHAN : PERSEDIAN PEPERIKSAAN PSSRU DH VI 2010M

8:21 AM Edit This

Selasa : 20 hb April 2010M / 05 Jamadilawal 1431H

Salah satu program terancang bagi mempertingkatkan mutu akademik sekolah di dalam Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah VI ialah dengan mengadakan kelas tambahan bagi Darjah VI. Bermula kelmarin Isnin 19 hb April 2010M kelas tambahan telah dan akan diadakan di setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis di setiap minggu dari jam 5.00 petang hingga 5.30 petang (bagi sesi petang).

Kelas-kelas tambahan ini dikendalikan oleh guru-guru darjah VI bagi memberikan pendedahan berkaitan format dan juga diadakan ulangkaji soalan-soalan kebelakangan. Kelas-kelas ini akan dilaksanakan sehingga peperiksaan pada bulan November nanti.

AKTIVITI PAGI

7:40 AM Edit This

Isnin : 19 hb April 2010M / 04 Jamadilawal 1431H

Aktiviti perbarisan pagi SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam hari ini diserikan dengan ikrar murid sekolah sempena Minggu Sahsiah Pelajar yang berobjektifkan membentuk peribadi pelajar bersesuaian dengan ciri-ciri pelajar Islam dan iklim budaya Negara Brunei Darussalam.

Disamping itu juga perbarisan diserikan dengan majlis penyampaian sijil penyertaan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti peraduan kuiz kawasan Brunei III yang diadakan di Sekolah Ugama Beribi yang lalu dan penyampaian hadiah penyertaan kepada Juara pertandingan Al Quran Perempuan Kategori B iaitu Dk Nur Aqilah binti Pg Hj Ayub.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh guru besar sekolah Cikgu Hajah Noorsiah binti Haji Mohamad Noor

PROMOSI KESIHATAN : MENDAKI BUKIT SHAHBANDAR JERUDONG

6:47 AM Edit This



Ahad : 18 hb April 2010M / 03 Jamadilawal 1431H.

Promosi Kesihatan SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut diadakan pagi hari ini dengan aktiviti mendaki Bukit Shahbandar Jerudong bagi guru-guru sekolah ini dengan keramaian lebih daripada 40 orang. Disamping itu juga aktiviti ini disertai oleh ahli keluarga guru-guru.

Pendakian ini dimulai dengan bacaan surah al Fatihah dan senaman pemanasan badan yang di tunjukcara oleh Penolong Guru Besar (sesi petang) Cikgu Muhd Fauzi bin Haji Zaini. Selepas itu guru-guru mula berlepas bagi pendakian Bukit Shahbandar dan juga berjalan laju disekitat taman dan tasik di kawasan ini.

Objektif pendakian ini adalah :
  1. Untuk menanam sikap menghargai dan mencintai kesihatan di kalangan guru-guru.
  2. Untuk memupuk hubungan silatulrahim di antara guru-guru dan menanam sikap kerja secara berkumpulan.
  3. Membakar semangat dan motivasi peneguhan fizikal, mental dan spritcual.
  4. Melepas stress (tekanan kerja).

AKTIVITI HARIAN SU PAPAUKAI MULAUT SESI PETANG

5:10 AM Edit This
Sabtu 17 hb April 2010M / 02 Rabiulawal 1431H

Jika sesi pagi persekolahan di buka dengan bacaan al Quran dan doa, disesi petang pula rutin harian pelajar-pelajar SU PAP Amal Ummi Kalthum Al Islam Mulaut adalah membaca doa di penghujung sesi pembelajaran bagi mengambil keberkatan atas segala ilmu yang diterima dan diajarkan. Ianya dilakukan dan dilaksanakan secara bergilir-gilir mengikut jadual yang disediakan.

Pembacaan doa ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar untuk berdepan dengan suasana di mana mereka akan didengar dan diperhatikan dalam membaca doa di kelompok masyarakat.

KELAS TAMBAHAN : PEPERIKSAAN CALUN KE SEKOLAH ARAB

8:10 AM Edit This
Khamis : 15 April 2010M / 30 Rabiulakhir 1431.

Kelas tambahan bagi calun-calun peperiksaan ke sekolah arab diteruskan lagi pada hari ini dengan kelas mata pelajaran Maths yang diberikan oleh Cikgu Hjh Siti Norazemah binti Hj Jait @ Zaed yang mengambil tempat di bilik librari sekolah ini.
Matapelajaran yang diperiksakan di dalam peperiksaan ini ialah Al Quran (lisan) dan mata pelajaran bertulis pula ialah General Paper (Science), Maths dan Pengetahuan Ugama Islam.
Diharapkan pelajar-pelajar akan dapat memanfaatkan kelas tambahan yang diberikan ini dengan sebaik-baiknya bagi mempertingkatkan dan memantapkan pengetahuan mereka.

KONGSI SAMA GURU BESAR : MEMULIAKAN AL QURAN

7:26 AM Edit This
Khamis : 15 hb April 2010M / 30 Rabiukakhir 1431H

Satu kongsisama guru besar Cikgu Hjh Noorsiah binti Hj Mohd Noor bersama murid-murid dan guru-guru berkaitan dengan pemeliharaan kemuliakan al Quran yang meliputi berkaitan tentang hukum wajib nya menjaga kemuliaannya telah diadakan hari ini. Beliau juga menyentuh berkaitan cara-cara yang seharusnya dilakukan dan tidak harus (haram) dilakukan dalam tatacara menjaga kemulian al Quran tersebut.

Kongsisama ini adalah berikutan dengan penyertaan guru besar ini dalam taklimat fatwa berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran al Quran di Jabatan Mofti pada hari Rabu : 14 hb April 2010M / 29 Rabiulakhir 1431H sebelumnya.

AKTIVITI HARIAN : SU PAPAUKAI MULAUT (SESI PAGI)

3:56 AM Edit This
Khamis : 15 hb April 2010M / 30 Rabiulakhir 1431H
Salah satu aktiviti harian SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut setiap pagi ialah membaca al Quran oleh pelajar melalui pembesar suara secara berganti-ganti sebagaimana yang dijadual dengan di iringi dan di tasmiq oleh guru kanan Al quran. Perkara ini berobjektifkan untuk memberikan murid-murid pendedahan dan pengamalan mulia iaitu "membaca al Quran" sebagai pembuka amalan sebelum melakukan kerja-kerja seharian, lebih-lebih lagi untuk mengambil berkat dalam mempelajari ilmu kurniaan Allah swt kepada manusia.

Disamping itu juga ianya adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar di dalam memberikan keyakinan dan membentuk sikap mencintai al Quran.

AKTIVITI SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT

4:49 AM Edit This
Rabu : 14 hb April 2010M / 29 Rabiulakhir 1431M

Bagi memberikan sumbangan yang berbentuk kebajikan kepada masyarakat, sekolah ini telah melibatkan diri dengan menghadiri dan menyertai majlis membaca Yassin, doa arwah / tahlil, sembahyang jenazah, dan pengkebumian bagi seorang penduduk Kampung Tanjung Nangka yang juga merupakan keluarga terdekat guru yang bertugas di sekolah ini iaitu Cikgu Redzuan bin Haji Besar.
Murid yang terlibat adalah 10 orang pelajar dan disertai oleh 2 orang guru sekolah ini iaitu Cikgu Massuni bin Hj Jumaat dan Cikgu Ak Haji Shahminan bin Pg Hj Besar

Dengan sumbangan ini, dapatlah memberikan pengalaman kepada pelajar untuk mempratikalkan ilmu yang telah telah dipelajari ke suasana sebenar apabila berlakunya kematian.
Disamping itu penglibatan ini mampu dan dapat memupuk dijiwa pelajar tentang peranan mereka sebagai seorang Islam di dalam masyarakat.

PENYAMPAIAN SIJIL : KRUSUS MEMPERKASA PEMBELAJARAN QURAN

7:25 AM Edit This

Isnin : 12 hb April 2010M / 27 Rabiulakhir 1431H

Hari ini diadakan penyampaian sijil oleh guru besar sekolah ini iaitu Cikgu Hjh Noorsiah binti Hj Mohd Noor kepada dua (o2) orang lagi guru yang mengikuti kursus memperkasa pembelajaran Quran yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam pada tahun 2009 yang lalu. Guru-guru ini ialah :
1. Cikgu Nur Diyanah Safwah binti Hj Md Anawi
2. Cikgu Hjh Siti Norazemah binti Hj Md Zaed @ Jait.
(Guru SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam sesi pagi)

PENCERAPAN GURU BESAR PADA PENGAJARAN GURU DI BILIK DARJAH

6:30 AM Edit This

Isnin : 12 hb April 2010M / 27 Rabiulakhir 1431H
Pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah telah disambung dan dilaksanakan lagi hari ini oleh Guru Besar sekolah ini iaitu Cikgu Hajah Noorsiah binti Hj Mohd Noor bagi guru-guru sesi pagi. Seramai empat orang guru telah dicerap bagi melihat dengan lebih dekat perlaksanaan proses pengajaran mereka.
Dengan pencerapan ini dapatlah guru-guru memperbaiki dan mempertingkatkan lagi mutu pengajaran mereka dengan menambahbaiki segala perkara dengan cadangan-cadangan yang disarankan diakhir sesi kongsisama bersama guru besar.

KELAS TAMBAHAN : PEPERIKSAAN CALUN KE SEKOLAH ARAB

6:15 AM Edit This
Tambah ImejIsnin - 12 hb April 2010M / 27 Rabiulakhir 1431H
Bermula hari ini kelas tambahan bagi calun-calun peperiksaan calun ke sekolah bermula bagi pelajar-pelajar yang bersekolah di sesi pagi. Tujuan kelas tambahan ini adalah bagi memastikan pelajar-pelajar mempunyai persiapan yang mencukupi sebelum mereka berhadapan dengan peperiksaan yang akan diadakan pada bulan Julai dan Ogos yang akan datang. Seramai 04 orang pelajar sahaja yang mendaftar bagi mengikuti peperiksaan ini. Kelas tambahan ini akan diadakan disepanjang hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu iaitu bermula pada jam 10.30 pagi hingga 11.15 pagi.

MURATAL QURAN

5:55 AM Edit This
Sabtu : 10 April 2010 / 25 Rabiulakhir 1431H

Dengan objektif untuk mempertingkatkan mutu pembacaan Quran guru-guru dan seterusnya penambahan pengetahuan di dalam ilmu al quran dengan pembacaan berlagu dan mempratikannya di dalam pengajaran maka muratal al quran di sekolah ini di adakan pada setiap hari Sabtu pagi bagi guru-guru sesi petang.

Melalui program muratal ini setiap orang guru akan memperdengarkan bacaan mereka secara bergilir-gilir dengan di tasmiq oleh guru al quran dan rakan-rakan guru lainnya. Teguran akan dilakukan jika terdapat kesalahan dalam pembacaan mereka. Disamping itu diadakan juga sesi kongsisama berkaitan hukum-hukum tajuid.

PERADUAN RAWI : PEREMPUAN

5:13 AM Edit This
Sabtu : 10 April 2008M / 25 Rabiulakhir 1431H

Seramai 06 orang pelajar perempuan ini termasuk peserta simpanan telah mewakili sekolah ini di dalam peraduan rawi yang diadakan di Sekolah Ugama PAP Masna Jalan Tutong yang diadakan pagi dan petang tadi. Peserta sekolah ini bertanding di sebelah pagi.

PERADUAN RAWI (LELAKI)

8:43 AM Edit This
Khamis : 08 April 2010M / 23 Rabiulakhir 1431H.

Pasukan rawi sekolah ini yang dianggotai oleh 065 orang peserta termasuk seorang simpan telah memberikan saingan mereka di dalam peraduan rawi yang diadakan di Sekolah Ugama Katimahar pagi tadi.

Peserta-peserta sekolah ini ialah :
  1. Ak Mohd Ali Thaqit bin Pg Hj Shahbudin
  2. Mohd Hazle Mustaqim bin Muda Yusra
  3. Mohd Nadzirul bin Md Jailani
  4. Mohd Aiman bin Haji Idris
  5. Mohd Zahir bin Hj Idris
  6. Zainul Amin bin Hj Sabtu (simpanan)
Dimaklumkan petang tadi sekolah ini mendapat tempat ke sepuloh daripada 17 buah pasukan yang bertanding.

Pihak sekolah mengucapkan syabas kepada pelajar-pelajar kerana mampu memberikan saingan kepada peserta-peserta lain.

MAJLIS MEMBACA YASSIN DAN TAHLIL SERTA PENYAMPAIAN DERMA KILAT

8:18 AM Edit This
Hari Khamis : 8 hb April 2010M / 23 Rabiulakhir 1413H.

Rombongan seramai lebih kurang 20 orang pelajar beserta 5 orang guru lelaki hari ini telah mengadakan majlis membaca Yassin dan tahlil bagi kembalinya ibu kepada dua orang pelajar sekolah ini iaitu Md Aqiuddin Amar bin Hj Ramli (Dh 4 Ba) dan Nurhabariah Quratun Ain bte Hj Ramli (Dh 3 Jim). Majlis diadakan di rumah ahli keluarga mereka di Kampong Pasai Mulaut.

Di majlis itu juga diselajurkan dengan penyampaikan derma sedekah daripada warga sekolah ini kepada keluarga pelajar tersebut yang disampaikan oleh Cikgu Mohammad Fauzi bin Haji Zaini. Pihak sekolah mendoakan semoga Allahyarham akan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh. Amin!

KUIZ PELAJAR ANJURAN BADAN AKADEMIK JKPSSUBIII

6:38 AM Edit This
Khamis : 08 April 2010 / 23 Rabiulakhir 1431H

Sekolah ini telah mewakilkan lapan (8) orang pelajar iaitu masing-masing 4 peserta sesi pagi dan sesi petang telah mengambil bahagian di dalam peraduan kuiz pelajar anjuran Badan Akademik Jawatan Kuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Brunei III yang mengambil tempat di Sekolah Ugama Beribi Gadong pada jam 1.30 petang.

Difahamkan peserta-peserta yang akan mendapat markah terbanyak akan memasuki pertandingan di peringkat akhir nanti.

KEMPEN ANTI ROKOK - TEMBAKAU

6:09 AM Edit This
Khamis : 08 hb April 2010 / 23 Rabiulakhir 1432H

Bersempena dengan Majlis Pelancaran Kempen Anti Rokok dan Tembakau yang dirasmikan kelmarin Rabu 22 Rabiulakhir 1431H / 07 April 2010M, pihak sekolah telah mengambil inisiatif bagi menyahut kempen tersebut dengan memberikan penerangan kepada pelajar-pelajar sekolah ini tentang hukum pengharaman merokok, keburukan dan bahaya menghisap rokok.

Penerangan ini dilakukan oleh guru disiplin sekolah iaitu Cikgu Ak Haji Shahminan bin Pg Hj Besar. Di dalam penerangan beliau menyentuh berkaitan dengan kesalahan disiplin jika pelajar-pelajar didapati merokok di dalam kawasan sekolah. Mengapa dan kenapa pengharaman rokok difatwakan oleh kerajaan. Beliau juga menyentuh tentang bahaya dan kesan yang buruk daripada tabiat merokok.

Majlis juga diselajurkan dengan dengan pemberian nasihat oleh guru besar Cikgu Hjh Noorsiah Hj Mohd Noor kepada pelajar-pelajar Darjah VI yang akan menduduki peperiksaan PSSRU Dh VI pada bulan November nanti.

Majlis diakhiri dengan bacaan Surah Yassin berama-ramai yang diketuai oleh Cikgu Massuni bin Haji Jumat.

PERADUAN AL QURAN PEREMPUAN KATEGORI B

5:59 AM Edit This

Hari Selasa - 06 hb April 2010 / 21 Rabiulakhir 1431H

Peserta sekolah ini Dayangku Norhafizah binti Pg Azhar merupakan Johan Peraduan Membaca al Quran di peringkat saringan bagi kawasan Brunei III pada bulan yang lalu, telah melanjutkan penyertaan beliau di peringkat separuh akhir yang diadakan di Sekolah Ugama Arab Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Damit petang tadi.

Di dalam pertandingan ini beliau telah menjadi JOHAN TEMPAT PERTAMA bagi kategori perempuan B dan akan bertanding di peringkat akhir yang akan diadakan pada bulan Mei nanti.Warga sekolah mengucapkan tahniah kepada beliau dan mendoakan kejayaan beliau pada pertandingan akhir itu nanti.

Pihak sekolah juga ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada keluarga pelajar yang memberikan sokongan dan kerjasama di dalam memberikan latihan kepadanya.

PENGHAPUSAN AL QURAAN

5:19 AM Edit This

Selasa : 06 hb April 2010M / 21 Rabiulakhir 1431H

Alhamdulillah, penghapusan al Quran dengan pembakaran telah selesai dilaksanakan hari ini yang mengambil tempat di Sekolah Ugama Lumapas. Di ucapakan terima kasih kepada sekolah yang berkenaan kerana telah menerima tumpangan kami untuk menghapuskan secara pembakaran di tempat mereka.

Tugas pembakaran ini telah dilaksanakan pagi, petang hingga ke malam hari ini. Di sesi pagi 07 orang guru lelaki sekolah ini telah hadir bersama guru besar dan di sesi petang disambung oleh 03 orang guru lelaki yang juga dihadiri juga oleh guru besar sekolah ini Cikgu Hjh Noorsiah binti Hj Mohd Noor.

Pembakaran disambung lagi hingga selesai ke malam hari.

Dikesempatan ini pihak sekolah ingin mengucapkan kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat di dalam kerja-kerja bagi maksud di atas. Semoga segala jasa baik akan diberkati oleh Allah SWT jua. Amin..

PENYERAHAN SIJIL : KURSUS MEMPERKASA PEMBELAJARAN QURAN

6:57 AM Edit This
05 hb April 2010M / 20 Rabiulakhir 1431H : Selasa

Seramai empat orang guru sesi petang yang telah mengikuti Kursus Memperkasa Pengajaran dan Pembelajaran Al Quran tahun 2009M / 1430H anjuran Jabatan Pengajian Islam yang telah lalu, hari ini telah menerima sijil mereka yang disampaikan oleh guru besar sekolah ini iaitu Cikgu Hjh Noorsiah binti Haji Mohamad Noor petang tadi selepas sesi kongsisama guru-guru dan guru besar.
Guru-guru yang menerima sijil ialah :
  • Cikgu Dk Hjh Faridah binti Pg Hj Aliuddin
  • Cikgu Siti Hajar binti BM Hj Metussin
  • Cikgu Hjh Dahlia binti Hj Sabtu
  • Cikgu Masnah binti Abdullah

SEKITAR PENGHAPUSAN AL QURAN

9:03 AM Edit This

Hari Sabtu : 03 hb April 2010M / 18 Rabiulawal 1431H

Kerja-kerja menceraikan helaian naskah al Quran hari ini disambung lagi sebelum pembakaran di jalankan pada 06.04.2010.

Kerja-kerja ini dilaksanakan selesai sesi pengajaran iaitu pada jam 10.45 pagi hingaa 12.00 tengah hari bagi guru-guru sesi pagi dan pada jam 5.00 hingga 7.00 malam bagi guru-guru sesi petang.


Proses pemisahan ini memakan masa 30 minit bagi sebuah al Quran Mushaf Brunei Darussalam.

PENGHAPUSAN AL QURAAN

5:28 AM Edit This
Jumaat : 02 hb March 2010M / 17 Rabiulakhir 1431

Untuk melaksanakan penghapusan kitab suci Al Quran secara bertertib dan mengikut sebagaimana yang diarahkan oleh pihak Jabatan Pengajian Islam, beberapa orang guru-guru sekolah ini telah hadir ke sekolah bagi menjalankan pemisahan hilaian-hilaian kitab suci tersebut sebelum pembakaran yang akan diadakan pada 06 hb April 2010 (Selasa) di Sekolah Ugama Lumapas. Ini dilaksanakan bagi memudahkan pembakaran yang akan diadakan dan bagi memastikan tiada ada lagi helaian al Quraan yang tidak terbakar pada hari tersebut.

PESERTA PERADUAN SYARAHAN TAFSIR AL QURAN.

8:46 AM Edit This
Pada 30 hb March 2010 / 14 Rabiulakhir 1431H (Rabu) yang lalu, sekolah ini telah menghantar dua orang pelajar untuk mewakili sekolah ini di dalam peraduan Syarahan Tafsir al Quran yang diadakan di dua tempat berasingan iaitu di Sekolah Ugama Rimba I bagi peserta perempuan manakala di Sekolah Ugama Beribi Telanai bagi peserta lelaki.

Peserta lelaki sekolah ini diwakili oleh MOHD AL FAIDZ HJ YAHYA telah mendapat tempat ke 9 daripada 19 orang pelajar yang bertanding. dengan mendapat 78.20%.
Manakala itu pula peserta perempuan pula yang diwakili oleh NURFATIHAH BINTI HJ ROZAN telah mendapat tempat ke 8 daripada 17 orang pelajar yang bertanding dengan mendapat 80.5%.

Tahniah kepada peserta-peserta kerana dapat memberikan saingan yang terbaik di dalam peraduan tersebut.

MAJLIS MEMBACA YASSIN : AKTIVITI AMALI

7:45 AM Edit This
Khamis : 01 hb April 2010M / 16 Rabiulakhir 1431H.

Majlis membaca Yassin adalah merupakan salah satu aktiviti yang diadakan di sekolah ini disetiap hari Khamis dengan diselangselikan dengan bacaan Tahlil pada minggu hadapannya. Ini adalah aktiviti dirancang sepanjang tahun yang dikendalikan oleh bahagian amali di sekolah ini mengikut jadual yang telah di sediakan. Hari ini pelajar-pelajar yang terlibat adalah murid-murid Darjah VI dan diketuai oleh Cikgu Massuni bin Hj Jumaat manakala bacaan doa Yassin dibacakan oleh Cikgu Hj Shahminan bin Pg Hj Besar. Dengan berkat bacaan ini diharapkan akan dapat memudahkan segala kesulitan dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar.

Sekolah Ugama PAPAUKAI Mulaut's Fan Box