PROMOSI KESIHATAN : MENDAKI BUKIT SHAHBANDAR JERUDONG
6:47 AM Edit ThisPromosi Kesihatan SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut diadakan pagi hari ini dengan aktiviti mendaki Bukit Shahbandar Jerudong bagi guru-guru sekolah ini dengan keramaian lebih daripada 40 orang. Disamping itu juga aktiviti ini disertai oleh ahli keluarga guru-guru.
Pendakian ini dimulai dengan bacaan surah al Fatihah dan senaman pemanasan badan yang di tunjukcara oleh Penolong Guru Besar (sesi petang) Cikgu Muhd Fauzi bin Haji Zaini. Selepas itu guru-guru mula berlepas bagi pendakian Bukit Shahbandar dan juga berjalan laju disekitat taman dan tasik di kawasan ini.
Objektif pendakian ini adalah :
- Untuk menanam sikap menghargai dan mencintai kesihatan di kalangan guru-guru.
- Untuk memupuk hubungan silatulrahim di antara guru-guru dan menanam sikap kerja secara berkumpulan.
- Membakar semangat dan motivasi peneguhan fizikal, mental dan spritcual.
- Melepas stress (tekanan kerja).