LAWATAN SAMBIL BELAJAR : JABATAN MUFTI KERAJAAN
5:09 PM Edit ThisProgram Terancang - Lawatan sambil belajar pada sesi penggal ke III ini di mulai dengan lawatan ke Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Lawatan Darjah V Alif dan V Ba ini yang bermisikan memberikan pendedahan dan ilmu sampingan kepada pelajar-pelajar ini dapat memberikan impak positif kepada pengetahuan sedia ada mereka. Lawatan-lawatan ini bukan sahaja memberikan mereka pengetahuan tambahan tetapi dapat membuka minda mereka untuk pemilihan kerjaya mereka di masa akan datang dan membantu memberi ruang dan hala tuju kepada bidang-bidang yang mereka sukai dan minati.
Program lawatan Terancang pihak sekolah telah merancang program ini untuk diikuti oleh setiap pelajar atau setiap kelas sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.