PROFILE SEKOLAH UGAMA PAP AMAL UMMI KALTHUM AL ISLAM MULAUT

MUNFAAT ILMU PADA MANUSIA

Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa ingin berbahagia di dunia hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang ingin berbahagia di akhirat hendaklah ia juga berilmu, dan barangsiapa yang ingin berbahagia pada kedua-duanya iaitu di dunia dan juga di akhirat hendaklah ia juga berilmu"

SANTAPAN MINDA : "BE POSITIVE"

TEMPAT KETIGA : PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN LANDSKAP SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN SULTAN

5:59 AM Edit This
Sabtu : 31 hb Julai 2010M / 19 Syabaan 1431H.

Sekolah Ugama PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut telah mendapat tempat
KETIGA di dalam Pertandingan Kebersihan dan Landskap Sempena Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam ke 64 tahun bagi tahun 2010M/1431H bagi kategori Persekitaran Sekolah Rendah dan Ugama Di Darat.

Cikgu Hajah Noorsiah binti Haji Mohamad Noor, guru besar sekolah ini telah hadir bagi penerimaan hadiah dan sijil yang diadakan petang tadi di bangunan Kementerian Pembangunan . Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan.

SAMBUTAN ISYRA' DAN MIRAJ : MEMBERSIHKAN KUBUR DAN TAHLIL DOA ARWAH

5:47 AM Edit This

Sabtu : 31 hb Julai 2010M / 19 Syabaan 1431H

Sempena sambutan Isyra dan Miraj dan berkebetulan bulan mulia bulan Syabaan, hari ini seramai 42 orang pelajar Darjah V Alif dan Darjah V Ba di temani dua orang guru sekolah ini telah mengadakan pembersihan kubur Kampong Mulaut dan seterusnya mengadakan tahlil dan doa arwah bagi mengambil keberkatan bulan Syaaban dan bulan Ramadhan yang tidak lama lagi akan tiba.

Pembersihan kawasan kubur Kampung Mulaut ini diketuai oleh Cikgu Massuni bin Haji Jumat dan Cikgu Redzuan bin Haji Besar dengan objektif menanamkan peringatan kepada pelajar bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara manakala pada suatu saat kita akan berhijrah kesuatu tempat yang akan menghitung iman kita. Di samping itu perkara ini akan membentuk sikap pemedulian pelajar-pelajar kepada hidup bermasyarakat untuk saling gotong royong dalam penghidupan mereka.

Majlis pembersihan ini diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa arwah.

SEMBAHYANG HAJAT DAN MEMBACA YASSIN MENGHADAPI PEPERIKSAAN LISAN PSSRU DH VI

5:40 AM Edit This

Sabtu : 31 hb Julai 2010M / Syabaan 1431H

Pelajar-pelajar Darjah VI (sesi pagi dan petang) hari ini telah mengadakan sembahyang hajat dan membaca Yassin bagi memohon kehadrat Allah SWT untuk mempermudahkan segala perkara berkaitan dengan menghadapi peperiksaan lisan al Quran dan latihan amali yang akan bermula pada hari Isnin - 02 hb Ogos 2010M akan menjelang.

Pada tahun ini 2010M seramai 164 orang pelajar sesi pagi dan seramai 149 pelajar sesi petang akan menghadapi peperiksaan pada bulan November 2010M nanti. Pihak sekolah sentiasa mendoakan kejayaan setiap pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah ini.

TAHNIAH : GURU MELANJUTKAN PELAJARAN

7:16 AM Edit This

Warga sekolah ingin mengucapkan Tahniah atas berjayanya tiga tenaga pengajar sekolah ini melanjutkan pelajaran mereka ke Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).
Dengan doa semoga akan mendapat kejayaan cemerlang dalam pendidikan ilmu ini. Semoga berjaya !!!
  1. Cikgu Ak Haji Shahminan bin Pg Besar.
  2. Cikgu Nur Diyanah Safwah binti Hj Mohd Anawi.
  3. Cikgu Hjh Ani Maslina binti Hj Mohd Zaid.
“Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi supaya ia tidak dapat dimusnahkan oleh orang lain kerana cita-cita itu adalah sumber kekuatan perjuangan yang tidak terhingga dari segi zahir dan batinnya”
– Imam Abu Hanifah

PERSEMBAHAN PERAYAAN SULTAN

4:12 AM Edit This
Sabtu 24 hb Julai 2010M / 12 Syaaban 1431H

Sekolah Ugama PAP Amal Umi Kalthum Al Islam telah ikut serta di dalam persembahan bercorak keugamaan malam perayaan Hari Keputeraan Sultan yang ke 64 tahun. Majlis ini diadakan pada malam Ahad bertempat di Padang Persembahan Malam Perayaan di ibukota Bandar Seri Begawan.

Seramai 18 orang pelajar SU PAPAUKAI Mulaut telah membuat persembahan Tausyeh dengan lagu Allahu Allahu Allah. Persembahan pada malam itu juga telah disertai oleh sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei III dan Brunei II.

Sekolah Ugama PAPAUKAI Mulaut's Fan Box