PROFILE SEKOLAH UGAMA PAP AMAL UMMI KALTHUM AL ISLAM MULAUT

MUNFAAT ILMU PADA MANUSIA

Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa ingin berbahagia di dunia hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang ingin berbahagia di akhirat hendaklah ia juga berilmu, dan barangsiapa yang ingin berbahagia pada kedua-duanya iaitu di dunia dan juga di akhirat hendaklah ia juga berilmu"

SANTAPAN MINDA : "BE POSITIVE"

MOTIVASI UNTUK PELAJAR

8:05 PM Edit This

SAMBUTAN MAULUDUL RASUL

7:07 AM Edit This

Sabtu : 27 hb Februari 2010M / 13 Rabiulawal 1431H

Sambutan Mauludul Rasul 12 Rabiulawal telah diadakan dengan perarakan peringkat negara mengelilingi Bandar Seri Begawan yang berpusat di Taman Omar Ali Saifuddin di ibu negara. Seramai 150 orang pelajar lelaki SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam telah mengikuti perarakkan tersebut dengan diketuai oleh Cikgu Fauzi bin Hj Zaini dan guru-guru lelaki sekolah ini.

Perarakkan ini adalah satu gambaran perpaduan umat Islam di dalam semangat mencintai Rasulullah SAW dan sebagai pembentukan jiwa umat Islam tentang pengorbanan dan perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan ugama Islam kepada manusia. Perarakan ini dikepalai oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.

JEMPUTAN ZIKIR DI MASJID SULTAN SYARIFF ALI KAMPONG SENGKURONG

8:34 PM Edit This

25hb Februari 2010M : 12 Rabiulawal 1431H / Hari Khamis malam Jumaat.

Sempena sambutan Maulud Rasul, pihak SU PAPAUKAI Mulaut telah menerima undangan daripada Takbir Masjid Sultan Syariff Ali Kampong Sengkurong untuk memeriahkan lagi malam-malam Rabiulawal dengan laungan zikir. Ketua rombongan sekolah ini diketuai oleh Cikgu Fauzi bin Haji Zaini bersama guru-guru lelaki dan murid-murid lelaki Darjah VI sesi petang. Ianya bermula selepas sembahyang Maghrib dan sembahyang Isya'.

Semoga jalinan erat pihak masjid dan pihak sekolah akan membuahkan kesepakatan dan jalinan silatulrahim di antara dua belah pihak.

LAWATAN KE PESTA BUKU SEMPENA HARI KEBANGSAAN

7:21 PM Edit This




Hari Khamis : 25 hb Februari 2010M / 11 Rabiulawal 1431H


Seramai 276 orang pelajar-pelajar Darjah IV, V dan VI SU PAP Amal Ummi Kalthum Al Islam Sesi Petang telah mengadakan lawatan ke pameran buku sempena Hari Kebangsaan Kali Ke 26 yang diadakan di Stadium Tertutup Berakas Negara Brunei Darussalam. Rombongan ini berangkat menggunakan 7 buah bas bertolak jam 2 petang dan kembali jam 4 ptg.
Lawatan ini adalah satu langkah untuk memupuk pelajar-pelajar membudayakan budaya suka membaca dan menimba ilmu pengetahuan kerana salah satu cara terhebat untuk mecari ilmu adalah dengan menjadikan buku sebagai teman karib sehingga menjadikan "bukuku kakiku" iaitu bertemankan buku di mana jua.

PENUTUP ZIKIR MAULUD

7:13 PM Edit This


Hari Khamis : 25 hb Februari 2010M / 11 Rabiulawal 1431H.


SU PAP Amal Ummi Kalthum Al Islam Sesi Pagi telah mengadakan majlis penutup zikir sempena sambutan Mauludul Rasul 1431H. Majlis itu diadakan di perkarangan sekolah dan bilik amali sekolah dengan melibatkan kesemua murid Darjah IV, V dan VI. Majlis ini dihasratkan akan menjadi wadah di dalam membina kecintaan kepada Rasulullah SAW dan memupuk rasa persaudaraan Islam dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan rolemodel umat Islam dalam apa-apa jua perkara.

Sekolah Ugama PAPAUKAI Mulaut's Fan Box