PROFILE SEKOLAH UGAMA PAP AMAL UMMI KALTHUM AL ISLAM MULAUT

MUNFAAT ILMU PADA MANUSIA

Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa ingin berbahagia di dunia hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang ingin berbahagia di akhirat hendaklah ia juga berilmu, dan barangsiapa yang ingin berbahagia pada kedua-duanya iaitu di dunia dan juga di akhirat hendaklah ia juga berilmu"

SANTAPAN MINDA : "BE POSITIVE"

MAJLIS KHATAM AL QURAN SEMPENA RAMADHAN, PENYAMPAIAN DERMA ANAK YATIM DAN PENYAMPAIAN SIJIL KEM MOTIVASI SEMPENA NUZUL QURAN 1431H/2010M.

7:15 AM Edit This





Selasa 31 hb Ogos 2010M / Ramadhan 1431H.

Sempena sambutan Nuzul Al Quran 1431H/2010M SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam (sesi pagi) telah mengadakan 3 majlis dalam satu upacara iaitu Majlis Khatam Quran murid-murid sempena bulan Ramadhan, Penyampaian Derma Anak Yatim dan diselajurkan dengan penyampaian sijil bagi murid-murid Darjah VI yang telah mengikuti kem motivasi pada bulan Julai yang lalu.

Majlis ini diadakan bagi pelajar-pelajar yang mana ianya mengambil tempat di Masjid Sultan Syarif Ali Sengkurong. Adapun tetamu pada hari tersebut ialah Guru Besar sekolah ini iaitu Cikgu Hajah Noorsiah binti Haji Mohamad Noor.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Fatihah oleh tetamu khas dan diikuti oleh bacaan kesemua pelajar yang hadir iaitu pelajar Darjah IV, V dan VI. Bacaan doa khatam dibacakan oleh pelajar Darjah VI.

Seterusnya majlis penyampaian derma kepada 8 orang pelajar yang merupakan anak yatim sekolah ini disampaikan oleh tetamu khas majlis. Dengan pemberian sumbangan derma ini diharap akan dapat membantu meringankan bebanan anak yatim bagi perbelanjaan di hari raya akan datang.

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian sijil kem motivasi kepada lebih 100 orang pelajar yang mengikutinya pada bulan yang lalu.

Majlis juga diselajurkan dengan penyerahan derma kilat kepada Guru Besar atas pemergian ibu beliau. Majlis disampaikan oleh Guru Kanan Pentadbiran sekolah Cikgu Hjh Hazizah binti Hj Abd Hamid.

Majlis di akhiri dengan bacaan doa selamat oleh Cikgu Azman bin Hj Othman.

BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA ARWAH

6:54 AM Edit This

Isnin : 30 hb Ogos 2010M / 19 Ramadhan 1431H.

Satu majlis membaca Yassin, Tahlil dan Doa Arwah bagi Allahyarham Hjh Tisah binti Tamam (ibu kepada Guru Besar sekolah ini - Cikgu Hjh Noorsiah binti Hj Mohd Noor) telah diadakan hari ini bagi memohon ke hadrat Allah SWT semoga jenazah Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin!..

Murid-murid yang terlibat adalah kesemua peringkat Darjah IV, V dan VI.
Majlis diadakan di dua tempat iaitu bilik persidangan dan bilik amali sekolah.

AKTIVITI BULAN RAMADHAN 1431H ; TEDARUS AL QURAN

5:36 AM Edit This
TEDARUS AL QURAAN

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak sekolah menerusi bahagian Quran telah mengadakan aktiviti bertadarus sepanjang persekolah bulan Ramadhan ini. Majlis bertadarus ini diadakan sebelum sesi pembelajaran diadakan iaitu mulai jam 8.00 - 8.30 pagi (sesi pagi) dan jam 12.30 - 1.00 petang (sesi petang) di dalam darjah masing-masing.

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi memupuk sikap mencintai al quran dan menjadikan pembacaan al quraan sebagai budaya hidup pelajar-pelajar di samping akan dapat memperbaiki pembacaan al quraan pelajar.

Disamping itu bertadarus al Quraan juga diadakan bagi guru-guru sekolah ini di mana aktiviti ini dilaksanakan selesai sesi pengajaran iaitu selepas jam 2.00 petang

Dijangka majlis Khatam Al Quran bagi murid dan guru-guru akan diadakan sebelum cuti persekolahan nanti.

MAJLIS TAHLIL DOA ARWAH : WARGA GURU SEKOLAH

8:36 AM Edit This
10 hb Ogos 2010M / 29 Syaaban 1431H : Selasa.

Bagi menyambut kehadiran bulan mulia - Ramadhan Mubarak, warga guru-guru SU PAP AUKAI Mulaut telah mengadakan majlis tahlil doa arwah bagi sama-sama berdoa memohon keberkatan bagi semua warga guru-guru yang telah kembali ke hadrat Allah SWT dalam golongan hamba yang beriman.


Majlis ini diketuai oleh Cikgu Massuni bin Hj Jumat dan bacaan doa oleh Cikgu Redzuan bin Hj Besar. Majlis diadakan di bilik gerakan guru-guru sekolah ini.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA KILAT WARGA SEKOLAH

8:25 AM Edit This
10 hb Ogos 2010M / 29 Syaaban 1431H

Majlis Penyampaian Sumbangan Derma Kilat Warga Sekolah Sesi Pagi telah diadakan hari ini kepada keluarga Cikgu Hajah Fatimah binti Hj Mahmud yang mana ibu beliau telah kembali ke Rahmatullah beberapa hari yang lalu yang diadakan di rumah keluarga beliau di Kampung Jerudong.


Penyampaian sumbangan ini telah disampaikan oleh Guru Besar SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut dengan hadiri oleh beberapa orang guru iaitu Cikgu Hjh Azizah binti Hj Abd Hamid, Cikgu Massuni bin Hj Jumat, Cikgu Hjh Fatimah binti Hj Mahmud dan ahli keluarga beliau.

Sekolah Ugama PAPAUKAI Mulaut's Fan Box