PROFILE SEKOLAH UGAMA PAP AMAL UMMI KALTHUM AL ISLAM MULAUT

MUNFAAT ILMU PADA MANUSIA

Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa ingin berbahagia di dunia hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang ingin berbahagia di akhirat hendaklah ia juga berilmu, dan barangsiapa yang ingin berbahagia pada kedua-duanya iaitu di dunia dan juga di akhirat hendaklah ia juga berilmu"

SANTAPAN MINDA : "BE POSITIVE"

AKTIVITI CUTI PENGGAL : EKSPEDISI MENDAKI BUKIT BUJANG PAHANG KG MENUNGGUL PULAU BERAMBANG

3:20 AM Edit This




Sabtu : 05 hb June 2010M / 22 Jamadilakhir1431H

Seramai lebih 25 orang guru bersama 150 orang pelajar Darjah VI (sesi pagi dan petang) hari ini telah mengadakan ekspedisi mendaki Bukit Bujang Pahang yang terletak di Pulau Berambang Kampong Menunggol. Aktiviti ini adalah merupakan aktiviti terancang yang dikhususkan untuk pelajar-pelajar Darjah VI untuk dapat memanfaatkan cuti mereka dengan perkara berfaedah dan sebagai langkah untuk memotivasikan mereka dalam menghadapi peperiksaan besar yang akan mereka hadapi iaitu Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah VI pada bulan Disember nanti.

Daripada pendakian ini pelajar-pelajar diasuh dengan semangat perjuangan untuk menghadapi peperiksaan iaitu segala perkara itu memerlukan semangat perjuangan untuk berjaya. Pendakian hanya akan berjaya setelah bersusah payah melakukan pendakian dan begitu jugalah halnya di dalam menempuhi peperiksaan yang memerlukan kekuatan fizikal, mental dan spritual.

Rombongan sekolah diketuai oleh Penolong Guru Besar. Cikgu Muhd Fauzi bin Hj Zaini dibantu oleh guru-guru lelaki sekolah ini. Menyertai rombongan ini juga guru besar sekolah Cikgu Hjh Noorsiah binti Hj Mohd Noor iaitu penyokong kuat bagi segala aktiviti-aktiviti sekolah yang dilaksanakan.

Perjalanan ekspidisi ini bermula pada jam 7.00 pagi dimana pelajar berkumpul di SU PAPAUKAI Mulaut, seterusnya berangkat dengan menaiki bus dan bot dan menaiki bus sekali lagi menuju ke anak kaki Bukit Bujang Pahang. Di sana pemanasan badan dilakukan dan bacaan doa selamat dibacakan sebuah pendakian dilakukan.

Di dalam perjalanan ini terdapat empat (4) tempat yang dilawati iaitu Gua Batu Arang, Bukit Bujang Pahang, Gua Gelap dan Batu Berpangkat. Semua asal legenda ini diterangkan oleh 2 orang penduduk kampong yang menyertai rombongan ini.

Rombongan sekolah juga disertai oleh pihak RTB yang melakukan pengambaran ekspidisi sekolah ini .

Tahniah kepada semua guru-guru, pelajar-pelajar, teman-teman, ahli keluarga warga sekolah yang berjaya mendaki ke puncak dengan jayanya meskipun ianya amat memenatkan.

Namun yang terindah iaitu semangat dan kekuatan gabungan kerja berpasukan guru-guru dan pelajar-pelajar dan indahnya kekuatan fizikal dan mental kesemuanya untuk tidak kalah bagi menakluki bukit yang indah pemandangannya ini.

Terima kasih juga kepada pelajar-pelajar yang meng "guide" guru-guru dan teman-teman mereka dengan tali ketika menuruni bukit ini.

TAHNIAH

MAJLIS MENGENANG JASA GURU BERSARA DAN BERPINDAH BERTUGAS.

10:06 PM Edit This

Khamis 03 hb Jun 2010M / 20 Jamadilakhir 1431H

Majlis bagi mengenang jasa 03 tenaga pegajar dan warga sekolah ini iaitu Cikgu Datin Hjh Rohanie bin Haji Ahmad, Cikgu Hj Mohd Daud bin Haji Butir dan Cikgu Hjh Noriah binti Haji Abd Wahab telah diadakan hari ini bertempat di SEASONS Centerpoint Gadong. Majlis di dahului dengan bacaan surah al Fatihah oleh Cikgu Hj Daud, seterusnya ucapaan penghargaan Guru Besar SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Cikgu Hjh Noorsiah binti Hj Mohd Noor, Ucapan daripada mereka yang diraikan dan seterunsnya diakhiri dengan penyampaian hadiah dan bacaan doa selamat dibacakan oleh Cikgu Ak Shahminan Pg Hj Besar.

Warga sekolah mengucapkan terima kasih kepada mereka yang diraikan dengan iringan doa semoga segala jasa akan mendapat balasan Allah swt dan dikayakan dengan ilmu, kesihatan, keimanan, panjang umur, rezeki, kasih sayang dan kebahagiaan di dunia dan diakhirat.
AMIN!!!!!.....

TAKLIMAT DAN CABUTAN UNDI BAGI PERADUAN TAHLIL DAN DOA ARWAH SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI III

9:50 PM Edit This

Rabu 02 hb Mei 2010 / 19 Jamadilakhir 1431H

Taklimat dan cabutan undi bagi peraduan Tahlil dan Doa Arwah di mana SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam (lelaki) dan SU Tungku Gadong (perempuan) selaku tuan rumah telah diadakan hari ini di bilik persidangan SU PAP AUKAI Mulaut dengan dipengerusikan oleh Guru Besar SU Tungku Gadong Cikgu Aliuddin bin Hj Damit.

Majlis dimulakan dengan bacaan Fatihah, ucapan aluan, sesi taklimat, pertanyaan dan disudahi dengan bacaan doa dengan hasrat peraduan ini dapat diungkayahkan dengan sempurna dan teratur. Terdapat beberapa perkara dibangkitkan di dalam sesi taklimat ini untuk diambil perhatian.


Peraduan tahlil dan doa arwah peringkat lelaki akan diadakan pada Hari Sabtu 26hb June 2010M (pagi dan petang) di bilik amali SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut dan bagi peringkat perempuan pula akan diadakan di Dewan SU Tungku Gadong pada Hari Isnin dan Selasa / 28 dan 29 hb June 2010M (sesi petang sahaja) .

AKTIBITI SELEPAS PEPERIKSAAN DAN PENUTUP PENGGAL KEDUA PERSEKOLAHAN

9:41 PM Edit This



Rabu : 02 hb June 2010M / 19 Jamadilakhir 1431H.

Hari ini pihak sekolah dan guru-guru telah mengadakan aktiviti kuiz untuk pelajar-pelajar bagi mengisikan masa selepas peperiksaan selesai bagi Darjah IV dan V kelmarin. Aktiviti ini dikendalikan oleh guru-guru Darjah V yang berlansung di bilik amali sekolah ini.

Dengan adanya aktiviti yang dijalankan ini dapat memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar untuk lebih berkeyakinan dalam menyertai apa-apa jua aktiviti yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan diselajurkan untuk menghilangkan tekanan dan stress selepas berjuang berhabis-habisan dalam peperiksaan.

Tahniah dan syabas bagi pelajar yang berjaya.

PEPERIKSAAN BERTULIS RENDAH ATAS DH IV, V DAN VI

9:36 PM Edit This

Rabu 26 hb Mei 2010M / 12 Jamadilakhir 1431H

Peperiksaan bertulis bagi pelajar-pelajar Darjah IV, V dan VI bermula hari ini setelah peperiksaan bagi pelajar Rendah bawah Dh Pra, I, II dan III berlansung tiga hari yang lalu. Peperiksaan berjalan dengan lancar hari ini.

Sekolah Ugama PAPAUKAI Mulaut's Fan Box