PROFILE SEKOLAH UGAMA PAP AMAL UMMI KALTHUM AL ISLAM MULAUT

MUNFAAT ILMU PADA MANUSIA

Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa ingin berbahagia di dunia hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang ingin berbahagia di akhirat hendaklah ia juga berilmu, dan barangsiapa yang ingin berbahagia pada kedua-duanya iaitu di dunia dan juga di akhirat hendaklah ia juga berilmu"

SANTAPAN MINDA : "BE POSITIVE"

KEM MOTIVASI : MERENTAS SEMANGAT JITU

4:11 AM Edit This





Ahad : 18 hb Julai 2010M / 5 Syabaan 1431H.

Pelajar-pelajar Darjah VI (sesi pagi) SU PAPAUKAI Mulaut yang akan menduduki peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Dh VI pada tahun ini iaitu seramai 130 pelajar telah mengikuti Program Kem Motivasi - Merentas Semangat Jitu - di Taman Rekereasi Hutan Simpan Berakas. Kem Motivasi ini adalah merupakan salah satu program yang di rancang oleh pihak sekolah dalam program untuk mempertingkatkan akademik pelajar.

Objektif program ini adalah untuk :
1. Memotivasikan diri pelajar untuk berjaya dalam pelajar.
2. Menggerakan murid-murid ke arah membuat persediaan diri secara mental dan spriticual menghadapi perjuangan belajar dan peperiksaan.
3. Membina keyakinan murid dalam usaha mencapai sesuatu kejayaan.
4. Mengenal potensi diri melalui aktiviti yang disertai.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam kem motivasi ini yang menjurus kepada pengukuhan semangat dan membentuk sikap positif pelajar sama ada pada mental, fizikal, sprictual dan emosi mereka kearah kecemerlangan peperiksaan. Disamping itu juga diadakan program menangani masalah seperti masalah stress, membina ketenangan dan menjauhi kemurungan.

Fasilitator program ini adalah Cikgu Emran bin Hj Abd Rani - caunselor Jabatan Pengajian Islam KHEU dan dibantu oleh guru-guru sekolah ini.

Di dalam ucapannya guru besar sekolah Cikgu Hjh Noorsiah HM Noor menyatakan pentingkan pelajar-pelajar itu mempunyai persiapan dan kekuatan bukan sahaja fizikal dan mental tetapi juga kekuatan emosi dan spritcual dalam menghadapi peperiksaan. Kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah diraih tanpa usaha dan doa cemerlang.

Diucapkan terima kasih pada guru-guru yang terlibat.

MAJLIS MENANDATANGANI REKOD KEMAJUAN MURID

4:48 AM Edit This



Rabu : 14 hb Julai 2010M / 02 Syaaban 1431H.

Majlis menandatangani rekod kemajuan pelajar-pelajar SU PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut Kawasan Brunei III diadakan hari ini bagi pelajar-pelajar sesi pagi dan sesi petang. Majlis diadakan di Bilik Persidangan dan Bilik Amali bagi ibubapa sesi pagi dan di bilik-bilik Darjah bagi ibubapa pelajar sesi petang.

Dengan adanya perjumpaan kedua-dua pihak di antara ibubapa dan guru-guru ini dapatlah kedua belah pihak berbincang dan bertukar pendapat dalam memajukan akademik pelajar.

MAJLIS KHATAM AL QURAN MURID DH VI 1431H / 2010M

8:28 AM Edit This
Rabu 07 hb Julai 2010M / 24 Rejab 1431H

Seramai 161 orang pelajar Darjah VI sesi pagi dan petang ,PAP Amal Umi Kalthum Al Islam Mulaut telah diraikan di dalam Majlis Khatam Al Quraan Murid-Murid Darjah VI setelah menamatkan bacaan 30 Juzuk Al Quraan disepanjang persekolahan mereka. Majlis yang diserikan oleh Ustazah Siti Mariam binti Awg Daud, Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Pengajian Islam selaku tetamu kehormat itu dihadiri lebih 700 orang tetamu kalangan jemputan dari keluarga Jabatan Pengajian Islam, ibubapa, penduduk kampong serta warga sekolah.

Majlis dimulai dengan perarakan masuk pelajar yang dikhatam, seterusnya bacaan Fatihah diketuai oleh tetamu kehormat, bacaan surah, doa khatam, tahtim dan zikir marhaban. Majlis juga diserikan lagi dengan merinjis minyak wangi kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Majlis diakhiri dengan bacaan doa.

Sekalung budi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat majlis.

SEKITAR PERSIAPAN MAJLIS KHATAM QURAN 1431H / 2010M.

7:20 AM Edit This





Disisipkan sekitar persiapan Majlis Khatam Quraan pelajar-pelajar Darjah VI SU PAP Amal Umi Kalthuim Al Islam Mulaut ini renungan. Diucapkan sekalung penghargaan terima kasih atas semua warga sekolah ini kerana telah memberikan kerjasama dalam mengungkayahkan majlis tersebut.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR : RADIO TELEVISION BRUNEI (RTB)

4:07 AM Edit This


Selasa 06 hb Julai 2010M / 23 Rejab 1431H
Seramai 34 orang pelajar Darjah V SU PAP Amal Ummi Kalthum Al Islam Mulaut bersama dua orang tenaga pengajar telah mengadakan lawatan ke Radio Televisyen Brunei untuk meninjau suasana dan keadaan bagaimana siaran radio dan televisyen dikendalikan. Daripada lawatan ini para pelajar dapat menimba pengetahuan dan pengalaman melihat lebih dekat suasana dan keadaan penyiaran dilaksanakan.

Sekolah Ugama PAPAUKAI Mulaut's Fan Box